Headlines News :
Home » » Mangsa dera disyaki dikurung sejak Nov.

Mangsa dera disyaki dikurung sejak Nov.

Written By Warta Utara on Tuesday, January 20, 2015 | 1:57 PM

PERMATANG PAUH 19 Jan. - Polis percaya kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera bapa kandungnya telah dikurung di dalam rumah kosong tanpa bekalan air dan elektrik di Taman Sungai Dua Utama dekat Butterworth, sejak November tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mangsa hanya diberi makan sekali-sekala sahaja dan dibiarkan menguruskan diri sendiri termasuk membuang air kecil dan air besar di dalam bilik tempat dia dikurung.

Menurutnya, berdasarkan siasatan polis, kanak-kanak itu dikurung di rumah yang pernah disewa keluarganya sejak November tahun lalu dan jarang-jarang diberi makan dan minum.

“Jiran-jiran juga tak tahu mang­sa dikurung kerana tidak mendengar suara orang menangis di rumah itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini hari ini.

Khamis lalu, polis menyelamatkan kanak-kanak itu yang dipercayai didera selepas dia tidak hadir ke sekolah selama tiga hari setelah hanya hadir separuh hari pada hari pertama persekolahan Isnin minggu lalu.

Abdul Rahman menambah, kanak-kanak itu kini diletakkan di bilik pengasingan Wad Kanak-Kanak HSJ dan kesihatannya semakin pulih.

Ujarnya, berat badan kanak-kanak itu juga meningkat kepada 10 kilogram (kg) berbanding hanya lapan kg ketika dihantar ke hospital.

“Dia kini dipantau rapi oleh pihak hospital namun sejak hari pertama dirawat, tiada ahli keluarga yang datang melawatnya di sini.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan kes ini dan telah merekodkan kenyataan daripada jiran-jiran dan ibu tiri mangsa,” ujarnya.

Dalam pada itu Abdul Rahman memaklumkan, tahanan reman bapa kandung mangsa disambung tiga hari lagi dan dia dijangka didakwa Rabu ini.

Selain itu katanya, ibu tiri mang­sa juga berkemungkinan turut didakwa kerana dipercayai bersubahat dengan suaminya mendera mangsa. -
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online