Headlines News :
Home » » Lelaki Bangladesh mati dibunuh

Lelaki Bangladesh mati dibunuh

Written By Warta Utara on Monday, February 9, 2015 | 11:13 PM

PULAU PINANG 9 Feb. - Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan berhampiran jirat Cina di Jalan Kampung Baru, Sungai Puyu, Seberang Perai Utara, di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mazlan Kesah (gambar) berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an disyaki dikepung dan diserang secara berkumpulan menggunakan senjata tajam.

Katanya, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman di belakang badan.

“Mangsa dijumpai dengan berpakaian baju-T berwarna merah dan berkain pelikat oleh orang awam yang melalui jalan terbabit kira-kira pukul 3.20 pagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Katanya, polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang berikutan penemuan sebatang besi dan kayu berhampiran lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan lanjut, mangsa yang tiada identiti itu ditikam di belakang badan dan terdapat kesan luka di belakang kepala dan badan,” katanya.

Mazlan berkata, keputusan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya mendapati kematian mangsa disebabkan kecederaan parah di bahagian dada akibat dipukul dengan objek tajam.

Tambah beliau, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kilang berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat.





Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online