Headlines News :
Home » » PAS terus dengan Pakatan walau Anwar dipenjara

PAS terus dengan Pakatan walau Anwar dipenjara

Written By Warta Utara on Sunday, February 1, 2015 | 6:41 PM

Oleh NYZA AYOB 


KUALA LUMPUR: PAS akan tetap bersama de ngan Pakatan Rakyat walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini akan menolak permohonan Ketua Umum KeADILan itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sekiranya hukuman dikenakan ke atas Anwar, ia bukan penyebab untuk PAS keluar Pakatan, sebaliknya keputusan mahkamah terhadap Anwar itu akan mengukuhkan lagi gabungan tersebut.

Katanya, PAS kena bertanggungjawab bagi meneruskan kerjasama de ngan Pakatan Rakyat kerana PAS bekerjasama dengan parti, bukan individu.

“Walaupun tidak ada orang itu (Anwar), tidak men jadi masalah. Waktu kita menubuhkan Barisan Alternatif dahulu, Anwar masih dalam penjara tetapi kita masih berjalan. Pada wak tu itu Kak Wan (Dato’ Seri Wan Azizah Ismail) mempengerusikan mesyuarat dan arwah Dato’ Fadzil Noor juga ada pada waktu itu,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS 28 Januari lalu.

Beliau berkata, walaupun isu Anwar dipenjarakan adalah isu besar tetapi ia tidak akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Ditanya wartawan sama ada akan terdapat perhimpunan yang disertai penyokong- penyokong PAS pada 10 Februari akan datang, kata nya, sehingga kini tidak ada perbincangan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, Anwar dalam wawancara eksklusif yang disiarkan lidah parti DAP, The Rocket menegaskan, Pakatan Rakyat tidak akan berpecah walau beliau dihumban ke penjara.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan sekalipun jika keputusan kes Liwat II tidak memihak kepadanya.

 Menurut Anwar, beliau juga meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bertindak ‘lebih berani’ untuk membawa perubah an lebih baik dalam Pakatan.

“Tiada ada sesiapa pun yang mahu ke penjara.

Saya pun tidak mahu ke penjara. Tetapi ada yang mengatakan Anwar berada dalam penjara bermasalah, Anwar di luar pun bermasalah, tapi akhirnya saya lihat dari sudut yang positif.

“Rakyat cenderung untuk melupakan bahawa saya sudah berada dalam penjara apabila Pakatan kuat, sudah tentu bukan dengan nama Pakatan Rakyat, tetapi konsep gabungan ini luas, jadi ini bukan sesuatu yang baru,” katanya.

Anwar berkata, beliau melihat dengan positif apabila ada yang mengatakan apabila beliau dipenjarakan akan lebih menguat dan mengukuhkan Pakatan kerana akan menjadi titik menyemarakkan orang ramai.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online