Headlines News :
Home » » Selagi Umno tolak Islam, kita lawan

Selagi Umno tolak Islam, kita lawan

Written By Warta Utara on Tuesday, February 3, 2015 | 4:24 PM

Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


TAIPING: PAS akan terus konsisten melawan Umno selagi parti itu terus menolak Islam, kata Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Namun, kata beliau ada perkara yang Umno tidak menolak Islam dan harus kita memberikan sokongan selagi ianya memberikan kebaikan serta manfaat kepada Islam itu sendiri.

“Dia (Umno) bina masjid kita tak lawan, dia wujudkan Bank Islam, Tabung Haji kita tak lawan dan apa lagi.

“Tapi kita akan lawan Umno berkaitan perkara-perkara yang tidak betul seperti rasuah, salah guna kuasa, meluluskan lesen judi serta arak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis sempena Jelajah Pimpinan Harian PAS ke Perak di Markas PAS Air Kuning, Taiping dekat sini 25 Januari lalu.

Hadir sama ialah Naib Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Dato’ Tuan Selagi Umno tolak Islam, kita lawan Ibrahim Tuan Man serta Dato’ Paduka Husam Musa, Setiausaha Agung PAS; Dato’ Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat; Dato’ Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS Malaysia; Suhaizan Kayat; Ketua Muslimat PAS Malaysia; Ustazah Siti Zailah dan seluruh pimpinan PAS Perak serta wakil pimpinan di setiap kawasan.

Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan, PAS berlawan dengan Umno ada batasnya dan dalam masa yang sama mengajak seramai mungkin masyarakat termasuklah dari kalangan orang Umno itu sendiri menyokong parti tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Marang itu mengharapkan seluruh ahli parti istiqamah mendokong perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

Katanya, jangan ada daripada mana-mana pimpinan mahupun ahli yang cuba menebuk ‘bahtera’ perjuangan ini sebaliknya terus istiqamah berpegang kepada dasar perjuangan parti.

“Kita bahtera lain, mereka bahtera lain. Ada yang anggap kita satu bahtera, itu tidak betul.
Kita ada batas sempadan yang kita kena faham betul-betul.

“Kita berada di dalam satu bahtera, ada yang nak cepat sampai ke pengkalan dan merasakan bahtera ini lambat sangat.

“Ada yang cepat nak ke putrajaya, ada yang kata PAS ni lambat sangat berbading daripada DAP dan PKR.Jangan tebuk bahtera PAS, lompat ke bahtera lain.

Kalau nak cepat lagi, masuk Umno dan terus sampai ke Putrajaya,” jelasnya lagi dengan tegas.
Dalam pada itu, beliau menafikan bahawa berlakunya pertembungan besar antara kelompok ulamak dan profesional di dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata, apa yang berlaku hanyalah pertembungan dari sudut pendekatannya.
“Dalam PAS tidak ada pertembungan, ulama ada tugasnya dan profesional ada peranannya tersendiri.

“Yang benar-benar ada pertembungan adalah di dalam Umno, ulamak di dalam Umno hanya jadi tunggul kayu,” katanya lagi.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online