Headlines News :
Home » » Raja Muda Perlis nasihat pelajar di Madinah

Raja Muda Perlis nasihat pelajar di Madinah

Written By Warta Utara on Tuesday, February 3, 2015 | 9:54 PM

Mesti Tolak Ekstremisme

KANGAR 3 Feb. - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berada di Madinah menasihati pelajar yang sedang belajar di negara Asia Barat supaya menolak fahaman ekstremisme.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, perbuatan ekstrem dan melampau adalah tidak sejajar dengan ajaran agama Islam yang berpegang kepada konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.

“Elakkan mengambil maklumat secara semborono, sebaliknya sentiasa merujuk dengan pihak yang ada autoriti untuk mengesahkan kesahihannya,” titah baginda dalamprogram Mesra Ukhuwah Pelajar Perlis Universiti Islam Madinah di sebuah hotel di Madinah, baru-baru ini.

Menurut siaran media MAIPs yang dikeluarkan di sini, baginda berangkat ke program anjuran MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) itu selepas melakukan umrah.

Dalam program itu, baginda yang juga Pengerusi YTSP turut menyampaikan sumbangan bersama MAIPs dan YTSP berjumlah RM24,000 kepada 12 pelajar universiti itu.

Lebih 200 pelajar Malaysia sedang menuntut di universiti tersebut.

Syed Faizuddin turut menasihati pelajar supaya memberi tum­puan kepada pelajaran dengan turut menguasai bahasa Arab dan Inggeris selain menambah kemahiran dalam pelbagai bidang.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, selain Pengurus Baitulmal MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. – BERNAMA
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online