Headlines News :
Home » » Bayar royalti minyak, hormati perjuangan Tok Guru

Bayar royalti minyak, hormati perjuangan Tok Guru

Written By Warta Utara on Monday, March 2, 2015 | 10:35 PM

Alhamdulillah, kita masih terus diberi kesempatan untuk menikmati sebuah kehidupan yang walaupun sesak dan sarat dengan tekanan, namun apabila berada di landasan memperjuangkan agama Allah, pastinya kita akan berada dalam ketenangan.

Malaysia masih lagi bersedih dengan pemergian, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang tokoh ulama yang cukup berjasa kepada negara khususnya dalam pembangunan spiritual.

Tuan Guru Nik Aziz membina sebuah legasi besar dalam kepimpinannya, sama ada pemerintahan Kelantan mahupun menjadi tunjang perpaduan dalam kepimpinan PAS.

Ikon yang disebut sebagai ‘hanya datang 100 tahun sekali’ ini pergi meninggalkan kita buat selamanya. Seluruh alam menyaksikan betapa pemergiannya ditangisi.

Sesekali membaca laporan beberapa teman rapatnya, anakanaknya, isteri dan mereka yang pernah berkhidmat dengannya, sosok kepimpinan ulamanya terserlah.

Biarpun dalam satu bicara Harakah bersama bekas Setiausaha Politiknya, Anual Bakri Haron ada sedikit menceritakan ‘kelemah an’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz namun kekuatannya pada dasarnya melebihi kelemahan yang ada.

Disebabkan itu juga, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak begitu memujinya sebagai seorang yang berjasa kepada negara. Tidak ketinggalan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendoakan Almarhum.

Kedua-dua kemudi utama negara ini mengangkat nama Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘Tuan Guru’ yang mana tidak pernah tersebut di mulut mereka sebelum ini.

Tanggal 12 dan 13 Februari, hampir seluruh media arus perdana menumpukan kepada laporan pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Nada sedih, nada sayu dan sangat mengangkat ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, walaupun sebelum ini media yang sama juga membedal, menghentam, membelasah ‘tubuh kecil’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke pen juru ‘noda’ dengan pelbagai tuduh an tidak berasas.

Terima kasih kerana mengiktiraf peranan dan jasa besar serta sosok kepimpinan Tok Guru kami!
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak beberapa tahun lalu cukup konsisten dengan perjuangan menuntut kerajaan BN dan Petronas membayar wang royalti kepada kerajaan Kelantan.

Perjuangan menuntut royalti bersama Kerajaan Negeri yang pada permulaannya dirintis oleh Exco Kanan, Dato’ Paduka Husam Musa (kini bekas exco) dan kemudiannya diteruskan oleh beberapa NGO serta individu seperti Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzan (Ku Li).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sendiri sentiasa menyokong dan turun ke padang dalam pelbagai aktiviti anjuran NGO R yang dikepalai Nazri Derahman seorang anak muda yang gigih memperjuang tuntutan royalti ini.

Beberapa kali program himpunan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengenakan baju merah kempen royalti dan ucapan-ucapannya juga mencetus semangat kepada anak muda untuk terus konsisten menuntut hak rakyat Kelantan itu.

Senada dengan pengiktirafan BN selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, maka kerajaan BN dan Petronas harus membayar jumlah tunggakan dan memberi royalti setiap tahun kepada Kerajaan Kelantan sebagaimana janji yang telah termeterai seperti di dalam Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 iaitu membayar tuntutan Royalti Minyak 5 peratus.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Offline - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online