Oleh Zulqurnain Othman
PADANG
TERAP. – Kementerian Pendidikan mengarahkan semua Jabatan
Pendidikan negeri menyediakan laporan lengkap mengenai kerosakan
peralatan sekolah terutama buku teks akibat banjir dengan kadar segera.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid
berkata, pihaknya menerima laporan sebanyak 34 buah sekolah rendah
ditutup dan 31 sekolah dijadikan pusat pemindahan berikutan banjir yang
melanda baru-baru ini melibatkan seramai 7,406 murid di Pahang,
Terengganu, Johor dan Sarawak.
“JPN perlu bertindak pantas bagi memastikan
peralatan dan buku teks yang rosak dapat diganti secepat mungkin dan
jika melibatkan kerosakan buku teks akibat ditenggelami air, jabatan
sudah boleh buat laporan kepada kementerian untuk persediaan bagi
menggantikannya dengan buku teks baharu.
“Penilaian
berhubung kerosakan peralatan dan infrastruktur sekolah pula perlu
dibuat sebaik sahaja banjir surut,’’ katanya selepas menghadiri
perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Pelawat dan melawat Unit
Hemodialisis Hospital Kuala Nerang di sini hari ini.
Menurutnya,
kerja-kerja penggantian buku dan peralatan yang rosak akan dilakukan
sebaik sahaja keadaan banjir pulih bagi memastikan sesi pembelajaran
berjalan lancar.
“Hal berkaitan penggantian
barangan yang rosak akibat banjir boleh disegerakan tanpa perlu menunggu
keadaan reda dan kembali pulih.
“Banjir
adalah situasi darurat, maka apabila kita sudah menerima laporan
lengkap, langkah pembaikan dan penggantian barang yang rosak dapat
disegerakan dengan menghantar kontraktor sekali gus pembelajaran tidak
terganggu,” katanya.
Mahdzir yang juga Ahli
Parlimen Padang Terap memberitahu, semua Jabatan Pendidikan negeri dan
sekolah yang terlibat telah sedia maklum mengenai prosedur operasi
standard (SOP) apabila berlakunya banjir.
“Laporan
kerosakan terutama membabitkan buku teks dapat disediakan segera kerana
kebanyakan sekolah menjadikan stor di bahagian bawah sebagai tempat
simpanan buku teks dengan kesemuanya sudah diketahui jenis buku teks,”
katanya.-U/M
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !