Oleh Subky Latif
Dalih Perdana Menteri Najib menepis hudud ialah tidak pernah kerajaan selama ini menolak hudud
Sebelum
hukum Allah itu hendak dilaksanakan dia mahu ulama muktabar yang sedia
berijtihad menghalusi peraturan itu supaya matlamat pelaksanaannya
dapat memberikan keadilan.
cuma ia tidak melaksanakan saja.
Dalam dalihnya itu
seolah-olah surat Perdana Menteri Mahathir kepada Menteri Besar
Kelantan yang memberi amaran jika enakmen jenayah syariyah 2 Kelantan
dilaksanakan tindakan akan dikenakan sebagai kerajaan pernah
menghalang.
Jawapan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman
Putra tentang hukum rejam terhadap zina, nescaya habislah batu untuk
membuat pembangunan kerana digunakan untuk merejam. Ia tidak dikira
Najib sebagai menolak.
Jika
Najib mahu ia dihalusi ulama muktabar dulu, tidak bijakkah beliau jika
meneliti alasan Sultan Hasanal Bolkhiah menguatkuasakan hukum itu di
Brunei Darussalam mula 30 April 2014? Dari mana ambilan Sultan itu atas
keputusan baginda dan kaedah yang akan digunakan bagi memastikan
pelaksanaan itu mencapa keadilan di negara jiran yang terdekat itu.
Adakah
alasan yang Najib beri itu satu hujah atau ia sekadar dalih untuk
tidak menyokong jika usul persendirian PAS di Parlimen nanti.
Najib bagaimana pun mengaku hudud itu hukum Allah.
Mengikut
adab Islam yang beriman apabila Allah menentukan sesuatu, maka jin dan
manusia mandatori sami’na wa ata’na – dengar dan taat.
Sekalian
nabi sami’na wa ata’na apa juga ketentuan Allah. Hanya iblis yang
berdalih. Maka iblis digugurkan akidah dan jadilah ia kafir.
Apabila
Alllah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu hukum, mandatori mukminin dan
mukminat sami’na wa ata’na. Kecuali bas eksperes dilarang laju dari
hadnya, yang Allah dan Rasul SAW tidak putuskan, bolehlah kerajaan
Malalysia halusi pelaksanaannya.
Adakah dengan kenyataan
Najib dalam himpunan Yayasan Pondok di Kedah itu masih dalam lingkungan
hamba yang sami’na wa ata’na atau dia sudah termasuk dalam orang
berloyar buruk terhadap pelaksasnaan hukum Allah itu?
Kewajipan siapa melaksanakan hudud, hukum yang ditentukan Allah dan Rasul-Nya?
Untuk
sekalian orang-orang yang muttaqin – mereka yang takwa. Justeru
orang-orang yang takwa itu tidak boleh bertindak sendiri, maka kewajipan
pertama berada di tangan ulil amri. Bagi Malaysia ulil amri itu Yang
Di Pertuan Agong dan sekalian Raja bertakhta.
Ulil amri
memberi kuasa kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri
menjalankan pemerintahan baginda pihak baginda ulil amri. Jika ketua
kerajaan tidak sami’na wa ata’na dua pihak bertanya mengapa hudud
ditangguhkan?
Pertama ulil amri yang sami’na wa ata’na
kepada kepada Allah dan Rasul-Nya dan kedua rakyat yang takwa. Kewajipan
kedua menegur kerajaan secara demokrasi. Kerana demokrasi itu juga
institusi yang Islam boleh terima pakai, maka sesuatu boleh dibuat
terhadap kerajaan yang banyak dalih.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !