Headlines News :
Home » » Mengapa tolak hukum Allah sebagai penyelamat manusia?

Mengapa tolak hukum Allah sebagai penyelamat manusia?

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 4:21 PM

Setiap Muslim tidak terlepas daripada ditanya usaha mereka dalam menunaikan segala kewajipan

Sekalipun ia membabitkan pihak berkuasa, tiada Muslim terlepas daripada ditanya oleh Allah SWT mengenai peranannya dalam pelaksanaan hukum jenayah ini.
agama termasuklah menjayakan hukum jenayah Islam yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum hudud, qisas dan takzir. Dalam menunaikan kewajipan beragama ini ada yang boleh dilakukan sendiri seperti solat dan ada yang tidak kerana ia membabitkan negara seperti melaksanakan hukum jenayah hudud, qisas dan takzir.
Sehubungan itu kita dukacita apabila Dewan Undangan Negeri Terengganu 15 April lalu menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002. Usul tersebut yang dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun bagaimanapun, ditolak oleh Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong.
Ya, melaksanakan hukum jenayah Islam terletak di bahu pemerintah, tetapi apabila ia tidak dilaksanakan bagaimana orang awam dalam menghadapi pertanyaan Allah nanti? Pertama, kita mesti mengaku bahawa hukum-hakam ini wajib ke atas diri kita kerana ia difardukan Allah sama seperti sembahyang dan puasa. Kedua kita mesti berniat untuk melaksanakannya tetapi memohonlah keampunan bersungguh-sungguh kepada Allah kerana tidak ada daya untuk melakukannya.
Ketiga kita hendaklah mendoakan agar pemimpin yang memerintah kita hari ini terbuka hatinya untuk melaksanakan hukum Allah ini. Kita berdoa bersungguh-sungguh agar mereka dapat menerima Islam sepenuhnya.
Keempat, kita hendaklah membantu sedaya upaya jika ada pihak yang berusaha ke arah melaksanakan hukum-hakam ini, dan yang kelimanya kita tidak pula berusaha menggagalkan pihak yang mahu melaksanakannya termasuklah membantu pihak berkenaan.
Selalulah berbuat kebajikan dan jika kita tidak boleh berbuat baik, janganlah berbuat jahat kerana itu sudah dikira ibadat juga.
Jika kita tidak mampu membuat kebajikan, jangan pula menghalang orang yang mahu berbuat kebajikan.
Hari ini kes jenayah berleluasa. Kenapa jenayah menjadi-jadi? Kenapa orang tidak takut melakukan jenayah? Kenapa suami tergamak mencurah asid atau mengelar kemaluan isteri? Mengapa orang tidak takut berzina dan membuang bayi?
Jawapannya kerana hukamhakam Allah SWT yang menciptakan manusia tidak tertegak.
Dalam hukum-hakam Allah ada kehidupan, itu jaminan-Nya tetapi kita tidak mengendahkannya. Kita berlaku zalim, menggubal dan menuruti hukum-hakam berasaskan nafsu-nafsi manusia. Apabila manusia berani menolak hukumhakam Allah, mereka sudah menempa kebinasaan diri.
Ambil contoh ketegasan hukum qisas. Hukum qisas yang dari segi bahasanya bermaksud memotong dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w. kerana kesalahan-kesalahan melibatkan hak individu.
Kesalahan-kesalahan yang diwajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mata, hidung dan telinga. Mengikut hukum qisas seseorang penje-nayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama seperti mana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh.
Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya.” (Surah al-Maidah ayat 45) Dengan tidak tertegaknya hukum- hakam Allah ini, masyarakat tidak menjadi gerun; tidak ada ketakutan bagi mereka melakukan jenayah. Cuba bayangkan bagaimana gentarnya anggota masyarakat untuk membunuh jika mereka tahu pengakhiran mereka dibunuh juga, pencurah asid akan menerima pembalasan dicurah asid ke mukanya pula manakala yang mengelar tubuh mangsa, akan dikelar juga tubuhnya.
Masyarakat juga perlu disedarkan akan mahalnya diat (denda) yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Kadar diat dikira mengikut bilangan unta iaitu harta paling bernilai.
Kadar penuh diat 100 ekor unta; jika seekor unta RM3,000, nilaian diat adalah RM300,000! Bagi jenayah membunuh dengan sengaja, ada dua hukuman iaitu qisas dan diat. Diat hanya boleh dilaksanakan jika dipersetujui oleh waris. Jika tidak, qisas bunuh dikenakan. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.
Demikianlah hukum-hakam Islam ada-lah untuk menjaga keselamatan semua; Islam menjaga lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Apabila itu terjaga, terselamatlah semua, bukankah kedatangan Rasulullah s.a.w. membawa rahmat kepada seluruh alam. Jadi mengapa kita menolak hukum-hakam-Nya? Tidak sombong dan takaburkah kita?
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online