Headlines News :
Home » » Hukum mafqud tentukan status mangsa MH370

Hukum mafqud tentukan status mangsa MH370

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:55 PM

KESYUMULAN Islam dalam menyelesaikan masalah manusia memang tidak boleh dinafikan.
Sebesar mana atau serumit mana masalah manusia, Islam tetap mempunyai jalan keluar yang adil dan saksama. Penurunan al-Quran dan sunnah menerusi perutusan Nabi Muhammad SAW merupakan dua sumber rujukan utama kepada setiap permasalahan yang timbul bukan hanya untuk umat Islam tetapi umat manusia secara keseluruhannya.
Kehilangan pesawat MH370 bukan sahaja satu tragedi yang dirapati oleh ahli keluarga atau waris para penumpang dan anak kapal, malah oleh seluruh rakyat Malaysia, khasnya dan dunia, amnya turut bersedih. Malah perkembangan berita misi mencari dan menyelamat telah mendapat liputan besar-besaran daripada media tempatan dan antarabangsa.
Hakikatnya, misteri kehilangan pesawat yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing itu merupakan satu tragedi yang cukup unik dan luar biasa dalam sejarah manusia.
Apa tidaknya, tragedi tersebut telah menimbulkan pelbagai pertanyaan terhadap setiap aspek berkaitan MH370 itu.
Antaranya adalah status pensabitan kematian mangsa yang berada di dalam pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu, khususnya yang beragama Islam.
Justeru, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai isu itu pada 25 Mac lalu dan diklasifikasikan sebagai mafqud atau mengikut pandangan as-Syafie, istilah itu menyentuh orang yang tidak didengari khabarnya dan kemungkinan besar, dia telah mati atau sukar ditemui semula.
Bagaimanapun, istilah hukum mafqud itu tidak hanya terhad kepada isu MH370 sahaja tetapi turut menyentuh isu kehilangan lain, seperti pergi berperang, berniaga, belajar, melancong dan apa sahaja yang berisiko untuk sukar ditemui semula.
Kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin, mafqud terbahagi kepada dua kategori iaitu kemungkinan besar individu itu hilang dan mati dan satu lagi, kemungkinan dia mati adalah kecil tetapi sukar untuk ditemui semula.
"Ada dua kategori iaitu kemungkinan besar dia hilang dan mati seperti kejadian yang menimpa MH370 atau pergi berperang.
"Satu lagi kemungkinan untuk mati sangat kecil seperti pergi belajar, melancong, berniaga dan sebagainya. Secara zahirnya dia masih hidup tetapi sukar untuk dikesan semula," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya, baru-baru ini.
Begitu pun, pengesahan seseorang yang hilang itu telah mati tidak boleh dibuat tanpa ada tempoh masa tertentu untuk mencari atau mengesannya.
Usaha tersebut sejajar dengan pandangan ramai para ulama bahawa tempoh masa untuk mencari seseorang hilang itu perlu ada bagi memastikan apa jua siasatan tentang kemungkinan untuk menemuinya dapat dilakukan.
"Ulama sepakat mengatakan untuk memastikan orang itu sudah meninggal dunia ataupun tidak, maka kita mesti memberikan satu tempoh waktu untuk mencarinya.
"Tetapi, penetapan tempoh masa mencari secara lebih spesifik tidak ada di dalam al-Quran atau hadis Rasulullah SAW," kata Abdul Shukor.
Beliau mengulas lanjut, penetapan tempoh masa mencari itu perlulah berdasarkan kemudahan dan kepakaran yang dimiliki pada masa kejadian itu berlaku.
"Kalau zaman dahulu, mungkin orang letak setahun atau enam bulan kerana kemudahan dan kepakaran pada masa itu tidak secanggih pada hari ini.
"Hari ini, kita bukan hanya memiliki mereka yang pakar mengesan tetapi turut adanya teknologi yang disifatkan boleh mempercepatkan kebolehan mencari itu," katanya.
Bagi tempoh menunggu yang diletakkan sebagai panduan dalam menentukan kematian seseorang, ada ulama yang meletakkan empat tahun, 50 tahun, 70 tahun, 100 tahun, 120 tahun dan lain-lain
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online