Headlines News :
Home » » Kuasa masyarakat hapuskan jenayah

Kuasa masyarakat hapuskan jenayah

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:57 PM

UMAT Islam diseru untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani jenayah dan gejala sosial yang berlaku bagi mengelakkan daripada terus berleluasa di negara ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah tersebut adalah dengan bekerjasama untuk memberi hukuman terhadap pesalah.
“Dalam menangani jenayah dan permasalahan yang berlaku, masyarakat juga memainkan peranan penting. Tidak hanya mengharapkan pihak berkuasa, hukuman daripada masyarakat setempat juga boleh diambil bagi mengatasi kesalahan yang dilakukan.
“Bagaimanapun, bukan bermakna mengambil tindakan sewenang-wenangnya tetapi memberi teguran dan bimbingan kepada pelaku kesalahan tersebut. Di samping itu, masyarakat juga boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk dijalankan siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Akidah dan Keselamatan dalam Perspektif Islam di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Timbalan Yang Dipertua Jam'iyah, Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hasan dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Zakariah Isa.
Beliau berkata, semi nar anjuran Pertubuhan Jam'iyah itu merupakan langkah yang perlu mendapat pujian dalam usaha mencegah jenayah dan gejala sosial menerusi pemantapan akidah dan perspektif Islam.
Sementara itu, Mohd. Ali berkata, prihatin terhadap permasalahan yang berlaku terhadap umat Islam, pihaknya tampil dengan mengambil pendekatan ‘amar makruf nahi mungkar’ secara bijaksana bagi menangani isu tersebut.
“Selalu menjadi tanda tanya kepada kita, apakah dengan akidah yang mantap tidak mampu menyelesaikan persoalan dan permasalahan yang bangkit dalam masyarakat Islam?
“Justeru, dengan maklumat asas dan tambahan yang diperoleh dengan cadangan dan rumusan yang dikemukakan akan menambah lagi kesedaran dan keprihatinan kita terhadap persoalan keruntuhan moral dan jenayah.
“Diharap, menerusi seminar ini iaitu melalui amalan agama, kemantapan akidah dan amalan akhlak yang mulia akan memberi kesan yang positif dalam usaha menangani jenayah ini," katanya.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online