Headlines News :
Home » » Ikut trend perlu ada batasnya

Ikut trend perlu ada batasnya

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:58 PM

Lambakan trend terkini tidak mengetepikan golongan Muslimah untuk bergaya yang melibatkan
pelbagai jenis aksesori dan juga pakaian. Selain menonjolkan keanggunan sebagai seorang Muslim, ia juga membuktikan golongan Muslimah tidak ketinggalan didalam dunia fesyen terkini.
Asyik dengan mengikut trend terkini, mereka kadang kala alpa dengan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam berkenaan aurat. Mereka juga harus memahami kaedah menutup aurat dengan betul.
Kini banyak kita dapat lihat memang ramai yang memakai tudung dan jubah tetapi mereka tidak dikira menutup aurat kerana pakaian yang dikenakan berkenaan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka.
Sebahagian daripada mereka menyangka menutup aurat itu hanya menutup rambut sahaja, persepsi berkenaan tidak tepat dan perlu diubah agar tidak terpesong daripada tuntutan agama.
Contoh lain kesalahan yang dilakukan oleh golongan kini adalah seperti memakai tudung tetapi memakai baju T berlengan pendek, memakai baju kurung tetapi kain terbelah dibahagian belakang, menggunakan kain tudung yang nipis sehingga boleh menampakkan sanggul, leher, tengkuk dan dada serta banyak lagi contoh lain yang boleh dilihat.
Mereka seharusnya memakai pakaian yang longgar, bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan. Selain itu, mereka juga perlu memakai pakaian yang labuh untuk menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang singkat atau terbelah sehingga mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
Satu perkara penting lagi adalah mereka perlu memakai pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat. Bukan pakaian nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.
Sekiranya semua ini dilakukan dengan sempurna, golongan wanita akan merasa lebih selamat daripada golongan lelaki yang cuba mengambil kesempatan termasuk kejadian jenayah.
Penulis tidak cuba menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak tetapi lebih kepada muhasabah diri serta berkongsi pendapat dan nasihat kepada pembaca. Bagi saya, tidak salah untuk bergaya asalkan tidak melanggar batas-batas yang sepatutnya. Tepuk dada, tanya selera.
SURAYA MOHD. SHUKOR
Batu Pahat, Johor

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online