Headlines News :
Home » » Perlis usaha kekang jenayah

Perlis usaha kekang jenayah

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 9:01 PM

KANGAR - Polis menggiatkan usaha untuk menarik 352 pemilik kamera litar tertutup (CCTV)
menyertai Program Safecam Partnership bagi mengekang kejadian jenayah di negeri ini.
Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, sehingga kini hanya 191 pemilik CCTV telah bersetuju untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menerusi program tersebut.
“Sementara itu, sebanyak 29 pemilik CCTV premis institusi kewangan, perniagaan dan sebagainya di Kangar telah menjadi kumpulan pertama menandatangani MoU untuk program ini," katanya dalam sidang akhbar di Sungai Batu Pahat di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abd. Rahman Noordin.
Md. Zukir berkata, setiap premis yang menyertai MoU itu akan diberikan papan tanda mengesahkan CCTV di bawah kawalan polis.
Katanya, CCTV premis tersebut akan dipantau secara terus dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan masing-masing.
“Ini akan memudahkan pihak polis mengesan sebarang aktiviti jenayah di kawasan premis ber­kenaan," katanya.
Katanya, pemilik premis juga akan merasa lebih selamat kerana adanya pemantauan keselamatan CCTV sepanjang masa.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online