Headlines News :
Home » » Lima wanita warga asing diselamatkan

Lima wanita warga asing diselamatkan

Written By Warta Utara on Thursday, January 29, 2015 | 8:04 PM


ALOR SETAR 29 Jan. - Lima wanita warga asing di-selamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu di sini kelmarin.

Serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang dalam Ops Noda/Cantas itu dilaksanakan oleh sepasukan anggota dan pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman dan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Difahamkan, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat daripada salah seorang mangsa warga Thailand yang berjaya menghubungi pejabat kedutaan negara itu dan memaklumkan dia telah ditahan dan dipaksa melacur.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintenden Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang diselamatkan itu membabitkan dua warga Thailand dan tiga warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an.

“Pejabat kedutaan itu kemudiannya menghubungi Bukit Aman bagi memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota dan pegawai ATIP Bukit Aman serta D7 IPD Kota Setar menyerbu inap desa berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nor Omar, dalam serbuan tersebut, pihaknya turut menahan seorang wanita berusia 23 tahun dipercayai ibu ayam serta seorang lelaki berusia 32 tahun yang merupakan penyewa inap desa berkenaan.

“Turut ditahan tiga pelanggan yang berada di dalam rumah ber-kenaan.

“Di samping itu, polis turut merampas lapan telefon bimbit, tiga beg pakaian, satu buku disyaki catatan aktiviti pelacuran, wang tunai RM2,162, lima peket kondom, satu iPad serta dua rangkai kunci rumah berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata, wanita dan lelaki tempatan berkenaan kini ditahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan direman selama tujuh hari hingga 3 Februari ini manakala kelima-lima wanita terbabit dise-lamatkan di bawah Seksyen 44 akta sama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis berjaya menahan seramai 11 wanita warga asing berusia antara 20 hingga 30-an dari China dan Vietnam yang be-kerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) sempena Ops Cantas Khas Utara hari ini.

Katanya, serbuan kira-kira 1.30 pagi itu dilakukan serentak di tiga buah premis hiburan di sekitar bandar raya ini melibatkan sepasukan anggota dan pegawai D7 IPK Kedah dan IPD Kota Setar.
“Semua GRO tersebut telah dibawa ke IPD Kota Setar dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.-U/M
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online