Headlines News :
Home » » Tiada wabak penyakit pascabanjir direkod

Tiada wabak penyakit pascabanjir direkod

Written By Warta Utara on Friday, January 30, 2015 | 8:15 PM

IPOH 30 Jan. - Tiada kes membabitkan penyebaran wabak penyakit pascabanjir dilaporkan di kawasan-kawasan terjejas akibat bencana itu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, walau bagaimanapun, kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berhubung perkara itu.

“Waktu pascabanjir ini, seperti yang kita tahu penyakit seperti ken­cing tikus mudah untuk merebak.
“Setakat hari ini tiada laporan yang kami terima berhubung penularan wabak itu atau penyakit lain. Tetapi kerajaan negeri sentiasa berwaspada dengan ancaman ber­kenaan dan memberi perhatian dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) di atas kejayaan Wong Jun Jie, 19, yang telah berjaya menjadi peserta pertama dari negara ini memenangi pingat Perak dalam Kejohanan Menyelamatkan Nyawa peringkat dunia di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet di sini hari ini.

Dalam kejohanan yang berlangsung di Perancis, November lalu itu, Jun Jie serta pasangan regunya, Seh Cheow Chien berjaya menempatkan diri pada kedudukan daripada 46 negara yang bertanding.
Kira-kira 300 individu terdiri daripada guru, kakitangan serta pelajar SMJK Sam Tet berkumpul bagi meraikan Jun Jie yang merupakan bekas pelajar sekolah itu.

Jun Jie pula ketika ditemui selepas majlis tersebut memberitahu bahawa dia terkejut dengan kejayaan berkenaan yang dirangkul itu.

Kata pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Monash, Kuala Lumpur itu, dia serta pasangan regunya hanya berhasrat memberikan yang terbaik dan menimba pengalaman dalam kejohanan yang dianjurkan dua tahun sekali itu.

“Pada separuh akhir kejohanan, kami berada pada kedudukan kelapan. Tetapi tidak sangka pula pada acara akhir kejohanan, kami berjaya memperbaiki prestasi dan meraih kedudukan naib johan,” jelasnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online