Oleh Ahmad Mohsein Azmi
Rakyat Malaysia menyuarakan kekecewaan kepada pengeluar coklat
Cadbury kerana gagal menjaga piawaian umat Islam tentang makanan
halal.Namun begitu masih banyak makanan yang diragui berlegar dalam pasaran tanpa pengawasan pihak Jakim.
Jika pada tahun 2008, saya mendapat maklumat Jakim hanya memiliki 20
pegawai pemantau untuk menyemak keseluruhan penyediaan makanan di
Malaysia. Pada saya jumlah itu adalah mustahil untuk laksanakan
pemantauan.
Sekurang-kurangnya pegawai pelawat mestilah melebihi 300 orang untuk
seluruh Malaysia. Ramuan coklat hanyalah sebahagian kecil melibatkan
lemak babi.
Hakikatnya lebih banyak barang pengguna yang menggunakan lemak
haiwan, atau bahan berasaskan haiwan. Ini tidak termasuk pemantauan di
rumah penyembelihan.
Kepada penyedia produk makanan, anda perlu lebih peka dan sensitif,
bukan sekadar mengaut keuntungan. Lantiklah penasihat syariah bagi
memantau produk anda dan memberi keyakinan kepada umat Islam.
Umat Islam juga perlu berkecimpung dalam perniagaan berasaskan makanan supaya isu khianat begini dapat dielakkan.
Saya turut menyeru sempena pembentangan Bajet 2015 tidak lama lagi,
Perdana Menteri mestilah menambah keupayaan pengawai pemantau Jakim, dan
mengetatkan hukuman kepada penyedia makanan berstatus halal supaya
tidak lagi menjadi mengkhianati kepercayaan umat Islam di Malaysia. – .
Home »
Surat Pembaca
» Cadbury dan lemak babi
Cadbury dan lemak babi
Written By Warta Utara on Tuesday, May 27, 2014 | 10:28 PM
Labels:
Surat Pembaca
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !