Oleh DR AZMAN IBRAHIM
Ops Warta, rakyat diburu habis-habisan kerana kesalahan lalu lintas. Sekatan demi sekatan jalan
raya,
pintu ke pintu, rumah ke rumah. Kesian kepada rakyat bawahan di
saat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup dari segenap penjuru
yang menekan. Pelaku perasuah, penyeleweng, pemakan harta rakyat apakah
juga diburu sehingga ke lubang cacing seperti ini?
Saya
memahami bahawa tak semua kesalahan lalu lintas bermakna kita berdosa
dengan Allah. Ada banyak peraturan lalu lintas adalah persoalan
teknikal. Kadang-kadang mereka melanggarnya secara tak sengaja dan tak
membahayakan nyawa sesiapa pun.
Contohnya, seorang pesalah trafik berkata...
Saya
langgar lampu isyarat merah pada jam 3 pagi ketika jalan sunyi sepi.
Tak kan saya nak berhenti tunggu lampu hijau sedangkan laluan adalah
selamat. Hantu pun tengah tidur ketika itu. Selepas langgar lampu merah,
tengok-tengok di hadapan ada kereta peronda polis. Polis tu pula
kononnya nak bagi syarahan agama. Katanya, “mencuri kita tak boleh buat
sama ada ketika ada orang atau pun orang tak nampak.”
Ada pulak langgar lampu merah nak dikiaskan dengan mencuri. Kesudahannya kena saman. Adilkah?
Memandu
lebih sikit dari had laju di kawasan sekolah ketika hari cuti sekolah.
Jalan hadapan sekolah tersebut lebar dan lurus. Memang had lajunya
cuma 30 km/jam dan had laju ini sangat penting untuk keselamatan
anak-anak sekolah. Tapi saya melalui jalan tersebut ketika hari Jumaat,
sekolah cuti dan sunyi sepi. Tak ada seorang pun pelajar sekolah yang
kelihatan. Tak kan nak bawak 30 km/jam juga. Mungkin saya bawa kereta
70 atau 80 km/jam. Tidak terlalu laju sebenarnya tetapi hakikatnya saya
telah melanggar had laju dan kena saman. Adilkah?
Memotong
sebuah kereta yang dipandu 30 km/jam di garisan berkembar. Biasa kita
berjumpa dengan kereta yang dipandu dengan sangat perlahan. Apakah
memang perangkap atau bagaimana? Tempat tersebut pula garisan
berkembar. Dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu cepat. Lantas
kereta kura-kura tersebut dipotong. Tiba-tiba muncul anggota polis dari
dalam semak dengan bendera merah mengarahkan saya ke tepi dan kena
saman lagi! Adilkah?
Terlupa pakai tali pinggan keledar. Saya
tak mengancam nyawa sesiapa sekadar tak pakai tali pinggang keledar.
Memang ianya salah dari segi peraturan. Tapi adilkah saya diburu macam
penjenayah?
Pagi ini saya terima maklumat seorang rakan dari
Pasir Puteh. Polis tahan kenderaan secara rambang di jalan sehala.
Pemandunya dibawa masuk ke balai untuk pemeriksaan. Mana-mana yang ada
saman akan ke lokap! Kerja apa ini?
Apa sebenarnya matlamat dari Ops Warta ini? Nak didik rakyat atau nak ‘kekoh pitih’ rakyat?
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !