Anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tampil seorang demi seorang bagi mendesak pembebasan ketua umum PKR itu.
Selepas Nurul Nuha, anak keempat Anwar, Nurul Ilham, hari ini tampil
memberikan ucapan ringkas dalam sebuah majlis pelancaran buku anjuran
DAP.
Ilham pada mulanya diperkenal oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang
sebagai Nurul Nuha, kakaknya, yang terlibat dalam kempen “Berarak Demi
Kebebasan”.
“Sebenarnya nama saya Nurul Ilham.
“Saya anak keempat daripada enam adik beradik,” katanya di hari keenam
Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah
meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ilham mengambil kesempatan mempromosikan poskad acara itu kepada peserta yang hadir.
Dalam acara itu, orang ramai turut digalakkan menandatangani poskad untuk dihantar kepada Anwar sebagai tanda sokongan.
Ilham hadir dalam pelancaran buku berjudul Tragic Orphans (atas)
tulisan bekas diplomat Australia di Malaysia Carl Vadivella Belle yang
mengisahkan berhubung perit jerih kehidupan masyarakat India negara ini.
“Bila ayah saya dimasukkan ke penjara, cucunya berumur hampir sama
dengan kami (anak-anaknya) ketika dia (Anwar) pertama kali dipenjara
pada 1999,” kata Ilham
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !