Lelaki
Islam yang menjadi popular kerana menyelamatkan beratus-ratus ekor
anjing dan kucing
terbiar di Alor Star, Muhammad Azmi Ismail atau
dikenali sebagai Pak Mie, meninggal dunia malam tadi di Unit Rawatan
Rapi (ICU) Hospital Ampang.
Pak Mie, 58, berada dalam keadaan kritikal sejak Khamis lalu selepas
diserang angin ahmar dan pendarahan otak, menurut laman sosial Facebook
"Pak Mie Shelter".
Pak Mie pada mulanya dirawat di Hospital Tentera Sultan Mizan di Wangsa
Maju sebelum dipindahkan di Hospital Ampang Kuala Lumpur.
Pada Sabtu lalu, laman sosial Pak Mie mengatakan beliau menjalani pembedahan kepala tetapi "masih ada sedikit harapan".
Tengah hari semalam, status Facebook berbunyi: "Ubat dimasukkan ke
jantungnya dihentikan. Hanya Allah yang mampu selamatkan Pak Mie."
Pak Mie dilaporkan meninggal dunia kira-kira 11.30 malam tadi.
Jenazahnya akan dibawa dan dikebumikan di Masjid al-Bukhary di Alor Star
hari ini.
Laman sosial Facebooknya dipenuhi dengan ucapan takziah daripada
seluruh rakyat Malaysia, serta simpati ditujukan kepada balu, Halijah
Idris, 68, dan "anak bulu".
Ramai turut memuji kebaikan Pak Mie terhadap anjing jalanan dan kasih sayang dengan memberikan mereka tempat berteduh.
"Sedih dengan berita ini. Semoga Pak Mie bersemadi dengan aman dan harap keluarganya tabah," kata Kelven Khor.
Stephanie Lee Ching Ling menulis: "Takziah. Kami akan merinduimu tapi kami tahu kamu di syurga sekarang."
Pengguna Facebook lain, Kueh Ketayap berkata: "salam takziah untuk
pakmie sekeluarga... doa haiwan peliharaan pakmie sentiasa mengiringi
pakmie."
Nini Phuah menulis: "Berehatlah dengan aman... satu kehilangan besar
buat pemelihara haiwan dan penyelamat haiwan terbiar... di mana sahaja
anda, tolong tengokkan kami dan haiwan jalanan kami dan elakkan mereka
daripada disakiti..."
Di Twitter, pengguna media sosial seperti Katrina Von Gazzali juga melahirkan rasa takziah.
"Al fatihah to Pak Mie. What an amazing man. Your loss will be deeeply
felt by the animals that you have cared for. Rest in peace," katanya
melalui akaun @AikaG.
Susan (@susanjzach) menulis di Twitter: "Saya tidak kenal Pak Mie
secara peribadi tetapi kematiannya membuatkan saya sedih. Seorang lelaki
yang penuh inspirasi. RIP Pak Mie. Anda hero saya) #PakMie".
Pak Mie, yang berhenti kerja sebagai kontraktor demi menjaga anjing
yang diselamatkannya, serta isterinya yang dikenali sebagai Mak Intan,
menarik perhatian umum sebagai pasangan Islam yang menempuh segala
tohmahan dan kritikan hanya kerana membela anjing terbiar.
Mereka dikenali kerana tidur dalam kereta Proton Saga di pinggir sungai
Tanjung Bendahara, Alor Star. Mereka hampir kehilangan rumah
perlindungan dua tahun lalu apabila pihak berkuasa tempatan mengugut
mengusir mereka.
Pak Mie yang mesra dipanggil "ayah" dengan anjingnya, menyokong kuat
cadangan mengawal populasi haiwan dengan cara pengembirian, bukan dengan
membunuh mereka.
Menurut laporan The Star beberapa hari lalu, ketika Pak Mie berada
dalam keadaan kritikal, Mak Intan berjanji akan terus menjaga tempat
perlindungan haiwan itu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !