BERIKUT adalah senarai kegagalan kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
1.
GAGAL menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik
sekalipun kampus induk dan se gala kemudahan yang di tinggalkan oleh
kerajaan terdahulu begitu baik sekali.
Sekejap arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan
sekejap berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang
jadi mangsa.
2. GAGAL menyelesaikan masalah kakitangan Insaniah Holding yang tidak
di bayar gaji semenjak BN mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei
2013.
3. GAGAL dalam penghasilan padi/beras untuk ne gara di mana kini
Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus bekalan beras, sedangkan semasa
Pa katan Rakyat dahulu ne geri ini menghasilkan 44 peratus bekalan beras
negara.
4. GAGAL menyelamatkan tanah sawah apabila mengumumkan projek ZIPY
akan diteruskan di Yan yang dijangka akan mengorbankan 4300 ekar tanah
sawah.
5. GAGAL bercakap benar.
Dato’ Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu
pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat
kononnya untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta
terang-terangan tertera perkataan “Menteri Besar Kedah”.
6. GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki kereta rasmi Exco yang baharu.
Me reka menukar kereta rasmi dari Camry ke Perdana baharu, walaupun
kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu masih elok. Walhal sewaktu
kerajaan dahulu me nukar kereta baharu aki bat kereta lama sudah ter
lalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu menentang keras.
7. GAGAL mengawal pem balakan yang berleluasa.
Kegiatan pembalakan ber jalan dengan rakus sekali terutama di daerah
Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa belas
kasihan seolaholah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap kestabilan
alam.
8. GAGAL mengawal bu daya hedonism. Kerajaan negeri membenarkan kum
pulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa masuk dari Korea dalam konsert
EUPE yang diadakan di Sungai Petani.
9. GAGAL menjaga duit negeri, menggunakan untuk tujuan tidak baik.
Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan murah hati “bersedekah” kepada Astro
yang menganjurkan Program Maharaja Lawak Mega sebanyak RM200,000.00.
Jumlah tersebut terlalu besar un tuk rakyat Kedah yang miskin tetapi BN
menghabiskannya untuk orang ramai bergelak ketawa.
10. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu mahkamah. Mukhriz te
lah membuat keputusan tidak wajar dalam isu pembalak menyaman anak
syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia menerima penyelesaian di luar
mahkamah sekalipun kes tersebut hampis pasti dimenangi oleh pihak
kerajaan negeri.
Akibatnya kerajaan negeri kerugian RM2.5 juta.
11. GAGAL mengurus sem bilan buah Maktab Mah mud yang selama ini di
urus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan kelolaannya kepada
Kementerian Pelajaran di bawah pen tadbiran Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin “bijak” kerana berjaya menyelamatkan
duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai Maktab Mahmud
tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan apakah nasib
silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
12. GAGAL merealisasikan pembinaan Maahad Tah fiz Sains di Pulau
Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea penubuhan dan pembinaannya oleh
Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan. Khabarnya projek tersebut dibatalkan
terus. Mungkin ke rana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan
adalah ibarat “mencurah air ke daun keladi”.
13. GAGAL membuat keputusan yang wajar dalam isu pelantikan Pengarah
Urus an Bina Darulaman Ber had (BDB) yang dikaitkan dengan siasatan
salahlaku.
Sepatutnya biar individu berkenaan membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan dibuat.
14. GAGAL menangani pen deritaan hidup rakyat, khususnya penoreh
getah yang terbeban dengan kejatuhan harga getah serta peningkatan kos
hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Ke dah seolah-olah tidak tahu cara
untuk menanganinya.
15. GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.
16. GAGAL meneruskan program pembinaan insan seperti Kem Anak Soleh,
Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera yang diadakan semasa Pakatan
Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah berlalu tanpa ada pengisian oleh
kerajaan negeri.
17. GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.
18. GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.
19. GAGAL memperkasa sukan bolasepak yang menjadi kebanggaan negeri
ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak Kedah jatuh merudum kira-kira
70 peratus dari sebelumnya.
20. GAGAL menghormati pegawai tadbir kerajaan negeri (KCS) di mana
Menteri Besar cuba melantik Setiausaha Sulit Kanan dari kalangan bukan
KCS. Akibat mendapat tentangan, individu tersebut dilantik sebagai Ketua
Pegawai Khas (jawatan baru yang diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang
luar biasa.
Walhal mengikut tradisi pen tadbiran pejabat Menteri Besar selama
ini, ketua bagi pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !