Malaysia
perlu mengenal pasti faktor yang membuatkannya ketinggalan di belakang
dan menentukan sama ada ia satu realiti atau sekadar persepsi orang
ramai, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini.
Bekas ketua Wanita Umno yang lantang menyuarakan pandangannya itu
berkata, negara perlu menilai semula bidang yang perlu dilakukan
perubahan, sambil menambah transformasi tidak boleh berlaku dalam bilik
persidangan, seminar atau makmal.
"Anda mesti mempunyai negara maju dipadankan dengan masyarakat yang
boleh berfikir ke depan, yang tidak ketinggalan daripada segi apa yang
dijangkakan sebuah negara maju," katanya kepada pemberita selepas
berucap pada satu persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di
Kuala Lumpur hari ini.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, yang
pertama perlu diubah ialah pemikiran, dan Malaysia harus berhenti
mempolitikkan isu penting.
"Pemikiran mengubah segalanya.
"Kita mempolitikkan pendidikan sehingga merugikan generasi masa depan
kita, kita mempolitikkan isu berdasarkan jurang perkauman.
"Kita mempolitikkan isu berdasarkan kepada siapa kita bercakap, ini
sangat memecahbelahkan, kita mempolitikkan isu, ini sangat tidak baik
untuk rakyat dan negara ini," katanya.
Rafidah mutakhir ini lantang di media sosial mengenai isu semasa yang
menjejaskan Malaysia, termasuk kemelut politik negara dan kurangnya
keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Beliau menggesa pemimpin negara menyediakan jawapan yang jelas kepada
tuduhan salah laku melibatkan kerajaan, dan pada Ahad berkata, Malaysia
yang satu masa dulu pernah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat, perlu
menjenamakan dirinya semula.
Rafidah hari ini berkata, sistem persekolahan juga mesti dirombak
supaya pelajar dididik dengan nilai yang betul seperti integriti dan
kejujuran.
Ditanya sama ada Bajet 2016 menepati sasaran menjadi negara
berpendapatan tinggi, Rafidah berkata, tidak perlu terlalu teruja
mengenainya, memandangkan ia hanya satu perancangan kewangan untuk
setahun.
Sebaliknya, katanya, perhatian perlu lebih diberi kepada strategi jangka panjang untuk bergerak menuju 2020
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !