Kota Kuala Muda, Kedah menjadi tumpuan orang ramai selepas kejadian tsunami pada 26 Disember
2004.
Kini ia kekal dalam lipatan sejarah, tetapi tetap menjadi tumpuan
orang ramai yang mahu menikmati hidangan istimewa Mi Udang Laut Usup
yang popular sejak 20 tahun lalu.
Lokasi menarik di tepi pantai dengan hembusan angin laut, desiran
ombak dan ciri-ciri kampung memang sesuai untuk bersantai dengan
hembusan angin laut serta desiran ombak mampu membuatkan peminat makanan
laut sentiasa teringat mi udang itu.
Inilah kehebatan Mi Udang Laut Usup dengan keaslian dan kelazatan
resipi turun-temurun sejak 40 tahun lalu daripada bapanya, Ismail Hamid
yang menjadi ‘kunci’ memikat pelanggan memenuhi kedainya untuk menjamu
selera.
Md Yusup Ismail atau Pak Usup, 47, menjalankan perniagaan bersama
isteri, Hafizah Md Sabil, 46, di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda,
Sungai Petani, Kedah.
Pada peringkat awal, pasangan suami isteri ini hanya mahu meneruskan
legasi perniagaan keluarga milik bapanya, tetapi selepas proses ubah
suai, ramai yang tertarik dengan perubahan itu apatah lagi menikmati
hidangan sambil melihat matahari terbenam.
Katanya, keistimewaan hidangan yang ditawarkannya kerana resipi mi
udang laut itu menggunakan 100 peratus udang laut segar dan air
rebusan–nya dijadikan stok membuat kuah.
“Kunci resipi ini terletak kepada rasa manis kuah udang itu yang menggunakan udang laut tanpa dicampur pati lain.
“Walaupun kuah mi udang itu tidak pekat, rasa keaslian udang menjadi
tarikan utama kerana ia sukar didapati di tempat lain, selain rahsia
campuran rempah ratus yang dipelajari sejak turun-temurun.
“Kebanyakan pelanggan gemar rasa keaslian udang pada kuah kerana
tekstur isi udang laut ini dan rasanya lebih manis. Memang berbeza
berbanding udang kolam,” kata–nya.
Menurutnya, udang laut ini walaupun harga lebih tinggi, tetapi pelanggan tidak kisah asalkan dapat menikmati kesegarannya.
“Udang laut segar mempunyai tekstur isi lebih berotot, padat selain kulit lebih tebal dan kurang lemak,” katanya.
Md Yusup membuka kedainya dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
Harga untuk semangkuk mi udang laut dari RM8 hingga ke RM12 dan
pelanggan boleh membuat pesanan mi udang laut istimewa dengan hidangan
udang yang lebih.
“Kami juga mempunyai menu nasi goreng udang, mi dan kuetiau goreng
udang atau pelanggan boleh memesan hidangan udang goreng saja,” katanya.
Setiap hari dia akan mencari bekalan udang laut segar dari Kuala
Perlis hingga Pantai Remis kerana permintaan pelanggan semakin meningkat
terutama cuti perayaan dan cuti sekolah.
“Saya bercadang membuka cawangan di Alor Setar bagi membolehkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati hidangan ini,” katanya.
Sementara itu, pesara Abu Hassan Mahmud, 63, berkata dia bersama
isterinya Nurhakimah Md Ali, 46, tiga kali datang ke kedai itu untuk
menikmati mi udang laut.
“Pertama kali menikmatinya, memang sedap apatah lagi dengan dekorasi kedai yang mengimbau suasana perkampungan,” katanya.
Pelanggan dari Pulau Pinang, Siti Nazira Abu, 28, me–ngakui dia
sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati hidangan enak itu.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !