Sedikit-sebanyak gaya hidup moden menenggelamkan segala kenangan yang dinikmati semasa membesar di kampung halaman.
Namun begitu, program Ayaq Tangan Oghang Kampung (ATOK) yang membawa maksud hasil kerja tangan orang kampung cuba mengembalikan nostalgia kehidupan di kampung khususnya selepas musim menuai padi yang biasanya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dengan penglibatan secara beramai-ramai.
Pengelola program itu, Ahmad Din berkata, semua nostalgia tersebut cuba dihidupkan kembali dengan bantuan Facebook yang dilihat sangat berkesan dalam menguar-uarkan usaha menghimpunkan anak tempatan.
“Di zaman dahulu, musim menuai padi ditunggu-tunggu kerana masa inilah akan diadakan pelbagai aktiviti yang paling banyak melibatkan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Katanya, pada musim kali ini, aktivitinya bukan sahaja melibatkan kerja-kerja menuai padi, malah mengadakan ‘pesta makanan’ serta permainan yang bersesuaian.
Berikutan itu pekarangan rumah Pak Don di Batu 5, Jalan Kuala Perlis menjadi lokasi bagi menghidupkan semula kehidupan kampung menerusi program ATOK yang bertemakan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta menjadi riuh-rendah.
Beliau berkata, program itu diadakan secara anjuran bersama Komuniti Oghang Perligh, Kelab Falsafah Sebagai Pedoman Malaysia, D’stream Global Network Sdn. Bhd., Majlis Belia Negeri Perlis dan D’Optometrist Visioncare Centre.
Sebagai pembuka tirai, juadah ‘pulut tabur kelapa dan pulut kukus ikan kering’ selain beberapa lagi makanan berasaskan pulut seperti pulut udang, pulut sambal dan pulut dakap yang sebelum ini menjadi sarapan kepada pesawah, dijadikan juadah istimewa sempena pelancaran program tersebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Biasanya pulut kukus ikan kering pada zaman dahulu dimakan bersama dengan haruan kering. Ikan haruan mudah diperoleh apabila air sawah sudah mula mengering semasa padi hampir masak menggunakan beberapa peralatan menangkap ikan tradisional.
Selain itu, para tetamu yang hadir juga berpeluang menikmati hidangan tengah hari yang disediakan secara bergotong-royong termasuk masakan gulai ikan puyu, gulai kawah dan ikan bakar bersama sambal belacan.
Pembukaan acara permainan pula dimeriahkan dengan permainan tarik upih atau pelepah kelapa yang digunakan oleh kanak-kanak untuk menarik kawan-kawan yang berada di atasnya.
Paling menarik, apabila diadakan semula aktiviti musim menuai padi, bermula dengan pertandingan mengerat (memotong) padi yang memerlukan ketangkasan dan kecekapan bagi setiap peserta untuk memotong dengan menggunakan pisau sabit.
Turut diadakan adalah pertandingan memukoi padi (menuai padi), pertandingan menghirek (memijak) tangkai padi, pertandingan menguroi padi dan pertandingan berkaitan pokok kelapa iaitu pokok yang sangat penting dalam masyarakat dahulu.
Acara menjadi riuh-rendah apabila para peserta menunjukkan kehebatan masing-masing dalam mengupas kelapa dengan menggunakan sebilah parang.
Begitu juga dengan acara mengukur kelapa (mengeluarkan isi kelapa daripada tempurung) apabila para peserta pertandingan perlu menggunakan pengukur yang merupakan peralatan utamanya tetapi kini sudah jarang digunakan.
Setelah kelapa siap dikukur, diadakan pula pertandingan memerah santan, yang memberikan pengalaman menyeronokkan bagi anak muda zaman sekarang berikutan lebih mudah mendapatkan santan segar di dalam kotak di pasar raya-pasar raya.
Tidak cukup dengan itu, program berkenaan juga memperkenalkan semula pertandingan batu seremban, congkak, teng-teng, serunai daun kelapa untuk dialami sendiri kanak-kanak zaman ini.
Program yang berlangsung sehingga ke malam itu diakhiri dengan persembahan Wayang Kulit Seri Asun, persembahan oleh komposer S. Atan, gesekan biola oleh Ahmad Che Long dan juga beberapa artis jemputan lain.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !