Beberapa kumpulan anak muda hari ini
mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan “KITA LAWAN” dan
menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara minggu
depan.
Gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu sebagai
reaksi terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.
“Hasil perbincangan bersama, kami telah merangka rancangan tindakan dan
akan mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac,” kata pengarah strategi
Pemuda PKR (AMK) dalam sidang media di Kuala Lumpur.
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa orang ramai hadir dalam
perhimpunan yang pada jam 4 petang di pusat membeli belah Sogo itu.
Katanya, KITA LAWAN juga menggesa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perhimpunan itu.
Mereka juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan
jawatan atas dakwaan terlibat dalam konspirasi politik, seperti didakwa
Anwar, dan menuntut pembaharuan sistem kehakiman negara.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !