IPOH 31 Jan. - Institut Darul Ridzuan (IDR) yang berperanan sebagai
pemikir mengenai haluan dan polisi membangunkan negeri menjadi perhatian
antarabangsa apabila dikunjungi 54 pelajar dari Universiti Harvard
baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
berkata, pelajar berkenaan yang datangnya dari seluruh dunia tertarik
dengan peranan IDR membantu melaksanakan program untuk memajukan negeri
ini.
Beliau berkata, ini membuktikan IDR yang diasaskan oleh
kerajaan negeri berjaya membawa negeri ini berada pada landasan untuk
mencapai kemajuan dalam erti kata yang sebenarnya.
“Pelajar dari universiti bertaraf dunia seperti Universiti of Cambridge juga akan mengadakan kunjungan ke IDR.
“Saya berharap IDR akan terus bergerak dan berperanan lebih aktif
membantu negeri ini mencapai kemajuan berasaskan matlamat Perak
Amanjaya,” katanya ketika mengadakan lawatan ke IDR di sini kelmarin.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr. Mazalan Kamis.
Menurut Zambry, program anjuran IDR juga berjaya menjadikan negeri ini
sebagai pusat seminar dan persidangan antarabangsa seperti Dialog
Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) yang diadakan pada Oktober lalu.
Beliau berkata, PIDD telah mendapat pengiktirafan daripada
peserta seminar yang terdiri daripada pemikir terulung antarabangsa.
Untuk itu, kata beliau, PIDD akan menjadi jenama unggul dialog antarabangsa bagi membincangkan isu-isu pembangunan.
“PIDD juga mendapat pengiktirafan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP),” katanya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !