Oleh : IZWAN ABDUL HALIM
PONGSU SERIBU : Ahli Jawatankuasa Jabatan Tarbiyah PAS Pulau Pinang,
Ustaz Ibrahim Ani menasihati pimpinan PAS agar tidak cuba berlagak
menjadi Presiden PAS.
Ujarnya, setiap pimpinan ada posisi dan
peranannya masing-masing serta perlu melaksanakan amanah untuk
mendaulatkan Islam sebagaimana impian PAS.
“Jangan ada agenda
peribadi. Jangan ada “Kaduk naik junjung”. Presiden PAS ialah Dato’ Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jadi jangan ada yang cuba bertindak
seolah-olah dirinya Presiden,” tegurnya dalam satu kenyataan, 7
Februari.
Menurut beliau, kebelakangan ini terdapat di kalangan
pimpinan PAS yang bercakap hal ehwal parti seolah-olah PAS ini milik
pihak tertentu termasuk mengenepikan Tuan Guru Presiden.
Tegasnya, sebagai pemimpin parti, mereka mesti berdiri teguh di belakang
Tuan Guru dan bukannya turut serta bersama rakan politik mempertikaikan
kewibawaan Presiden.
Ustaz Ibrahim dalam kenyataannya turut
menempelak sifat gopoh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang
mempertikaikan pengurusan banjir oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Katanya, Anwar sibuk menonjolkan diri menjadi jaguh kononnya untuk mendamaikan PAS dan DAP yang dikatanya berbalah.
“Beliau menasihatkan PAS dan DAP selesaikan masalah di meja rundingan.
Tetapi beliau sendiri gopoh tidak sempat menunggu Mesyuarat Pakatan
Rakyat pada Ahad, 8 Februari ini untuk menyuarakan pendapat, beliau
telah mempertikai Kerajaan PAS Kelantan,” ujarnya merasa jengkel dengan
tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Beliau juga membidas
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dinasihatkannya agar berhenti
menyibuk hal ehwal PAS kerana dilihat percakapannya jelas merugikan
Pakatan Rakyat.
“Guan Eng sepatutnya melihat kembali apa yang
terjadi dengan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang sudah sekian lama tidak
bertemu muka. Hampir 3 tahun tidak bermesyuarat gara-gara kesombongan
DAP dalam memerintah.
“Tetapi beliau lebih suka menjaga tepi kain PAS dengan menyerang membuta tuli Tuan Guru Presiden,” luahnya kesal.
Home »
Pulau Pinang
» Jangan Ada Yang Berlagak Jadi Presiden PAS
Jangan Ada Yang Berlagak Jadi Presiden PAS
Written By Warta Utara on Sunday, February 8, 2015 | 12:45 PM
Labels:
Pulau Pinang
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !