Oleh DATUK MOHD ARIFF SABRI ABDUL AZIZ
DARIPADA bertanya mengapa harga barang tidak turun, elok kita tanya mengapa pendapatan
tidak naik? Atau jangan suruh rakyat boikot penjual dan pembekal -
suruh rakyat kurang makan. Bukankah kerajaan suka kata- kurangkan makan
itu dan ini supaya badan jadi sihat, kencing manis kurang, darah
tinggi menurun?
Kurang makan ayam, ikan, sayur dan beras.
Atau kerana kerajaan suka campur tangan dalam pasaran, mengapa tidak
kerajaan bertindak sebagai pembekal dengan meliberalkan sumber bekalan?
Saya
tidaklah sampai hati menyuruh sahabat saya orang Pahang, menteri
pertanian jadi penjual makanan dan sebagainya. Takkanlah kaki tangan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani beratur tepi jalan jual
sayur dan ikan. Kalau Tajudin Rahman (Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman,
Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) yang
jual tepi jalan, pembeli lari tengok muka dia yang bengis.
Seingat
saya, kakitangan kementerian terbabit bertindak sebagai pengeluar
makanan semasa Sanusi Junid jadi menteri pertanian. Itu pun kerana
semua orang tahu Sanusi Junid gila-gila orangnya.
Saya hanya mohon menteri pertanian membanyakan sumber bekalan makanan dan barangan lain.
Jika
ada satu pembekal beras, buka pasaran supaya semua orang boleh impot
beras dari mana-mana sahaja. Paling baik, musnahkan monopoli Bernas.
Buka pasaran untuk impot makanan lain. Jangan beri AP kepada kawan-kawan
Umno sahaja. Pecahkan monopoli impot bawang putih dan bawang merah.
Tapi
situ pun ada masalah. Kerajaan Umno telah memusnahkan ekonomi dan
merosakkan kredibiliti ekonomi negara kita, menyebabkan kos impot naik.
Harga Ringgit jatuh merudum - sekarang RM3.60 -3.63 kepada 1USD. Jika
import kita dalam USD, ertinya, semua makanan yang kita impot menjadi
mahal.
Jadi kita tanya kerajaan, mengapa awak tidak kukuhkan mata wang RM?
Baik kita boikot kerajaan yang tidak cekap mengurus ekonomi kita.
Rakyat
lebih suka pendapatan naik daripada membising menurunkan harga. Harga
kalau sudah naik, sukar mahu turun sebab rakyat faham manakala menteri
tidak faham ekonomi - prices are sticky downwards.
Kos hidup semakin meningkat. Harga barang makan mengikut indeks pengguna, semua nya naik- termasuk harga kangkung.
Mengikut
Jabatan Perangkaan Malaysia; indeks harga pengguna naik 2.7 peratus
pada bulan Disember. Harga makanan dan minuman bukan alkohol naik pada
kadar purata 2.4 peratus. harga Kangkung yang Najib jerit sana sini pun
naik 2.8 peratus. Harga ayam, telur ayam, mentimun, kailan, sawi pun
naik.
Jadi mengapa tidak tanya kenapa tidak naikkan pendapatan?
Atau berani atau tidak menteri pertanian atau sesiapa isytihar, kita
turunkan pendapatan orang ramai kerana sekarang harga barang sudah
turun?
Ini bukan cara mengurus ekonomi negara. Jangan kita pandir
sangat dan mencetuskan huru-hara. Kita jangan khuatir dengan sokongan
beberapa bekas pemimpin Umno ynag membawa banner Je suis Ismail Sabri – entah-entah antara mereka itu pemegang AP makanan yang besar.
Kita
kena selidik keseluruhan rantaian bekalan. Betulkah harga minyak dan
diesel turun, tapi gaji perkeja naik atau tidak? Kos pengendalian naik
atau tidak? Kos alat-alat ganti kenderaaan naik atau tidak? Dan dalam
rantaian bekalan ini, jumlah perkerja Melayu yang menyarai anak bini,
ramai.
Jadi isu harga barangan kehidupan liat turun bukanlah isu perkauman sangat.
Orang
Melayu masih tidak faham. Bahaya yang kita depani bukannya perkelahian
antara Melayu dengan Cina atau dengan bangsa lain. Cerita berkelahi
dengan Cina timbul apabila kerajaan Umno hendak tutup mata orang dan
mengalih pandangan masyarakat daripada tata kelola mereka yang buruk. - http://sakmongkol.blogspot.com/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !