Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
TAIPING: PAS akan terus konsisten melawan
Umno selagi parti itu terus menolak Islam, kata Presidennya, Dato’ Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Namun, kata beliau ada perkara yang
Umno tidak menolak Islam dan harus kita memberikan sokongan selagi ianya
memberikan kebaikan serta manfaat kepada Islam itu sendiri.
“Dia (Umno) bina masjid kita tak lawan, dia wujudkan Bank Islam, Tabung Haji kita tak lawan dan apa lagi.
“Tapi kita akan lawan Umno berkaitan perkara-perkara yang tidak betul
seperti rasuah, salah guna kuasa, meluluskan lesen judi serta arak dan
sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap
dalam satu majlis sempena Jelajah Pimpinan Harian PAS ke Perak di Markas
PAS Air Kuning, Taiping dekat sini 25 Januari lalu.
Hadir sama
ialah Naib Presiden PAS; Salahuddin Ayub, Dato’ Tuan Selagi Umno tolak
Islam, kita lawan Ibrahim Tuan Man serta Dato’ Paduka Husam Musa,
Setiausaha Agung PAS; Dato’ Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat;
Dato’ Mahfuz Omar; Ketua Pemuda PAS Malaysia; Suhaizan Kayat; Ketua
Muslimat PAS Malaysia; Ustazah Siti Zailah dan seluruh pimpinan PAS
Perak serta wakil pimpinan di setiap kawasan.
Tuan Guru Abdul
Hadi menyatakan, PAS berlawan dengan Umno ada batasnya dan dalam masa
yang sama mengajak seramai mungkin masyarakat termasuklah dari kalangan
orang Umno itu sendiri menyokong parti tersebut.
Dalam
perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Marang itu mengharapkan seluruh
ahli parti istiqamah mendokong perjuangan PAS yang berteraskan Islam.
Katanya, jangan ada daripada mana-mana pimpinan mahupun ahli yang cuba
menebuk ‘bahtera’ perjuangan ini sebaliknya terus istiqamah berpegang
kepada dasar perjuangan parti.
“Kita bahtera lain, mereka bahtera lain. Ada yang anggap kita satu bahtera, itu tidak betul.
Kita ada batas sempadan yang kita kena faham betul-betul.
“Kita berada di dalam satu bahtera, ada yang nak cepat sampai ke pengkalan dan merasakan bahtera ini lambat sangat.
“Ada yang cepat nak ke putrajaya, ada yang kata PAS ni lambat sangat
berbading daripada DAP dan PKR.Jangan tebuk bahtera PAS, lompat ke
bahtera lain.
Kalau nak cepat lagi, masuk Umno dan terus sampai ke Putrajaya,” jelasnya lagi dengan tegas.
Dalam pada itu, beliau menafikan bahawa berlakunya pertembungan besar
antara kelompok ulamak dan profesional di dalam parti itu.
Sebaliknya, beliau berkata, apa yang berlaku hanyalah pertembungan dari sudut pendekatannya.
“Dalam PAS tidak ada pertembungan, ulama ada tugasnya dan profesional ada peranannya tersendiri.
“Yang benar-benar ada pertembungan adalah di dalam Umno, ulamak di dalam Umno hanya jadi tunggul kayu,” katanya lagi.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !