KUALA LUMPUR: Datuk Dr Haron Din dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi
menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Demikian dimaklumkan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika dihubungi
Beliau berkata, pelantikan Dr Haron yang sebelum ini adalah Timbalan Mursyidul Am PAS itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 8 Mac lalu di Pejabat Agung PAS, di sini.
Menurut beliau lagi, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob dipilih sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS menggantikan tempat Dr Haron Din.
Katanya, anggota-anggota dalam Majlis Syura Ulamak yang lain tidak berubah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !