Headlines News :
Home » » Siapa arah Sirul bunuh Altantuya?

Siapa arah Sirul bunuh Altantuya?

Written By Warta Utara on Monday, March 2, 2015 | 10:51 PM

Oleh SUBKY LATIF 

FILEM Hindustan boleh adakan episod seorang watak mengaku membunuh tetapi merahsiakan
Pengarah filem boleh senyapkan pengupahnya, seolah-olah tukang bunuh itu bertindak atas kehendaknya sendiri.
pembunuhan atas upahan atau suruhan orang lain. Tukang bunuh itu rahsiakan orang yang mengupahnya sekalipun dia menghadapi risiko dihukum bunuh.    

 
Adakah Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukum bunuh dalam kes Altantuya diandaikan jadi macam  cerita tukang bunuh sanggup mati dan melepaskan saja orang yang menyuruhnya lepas bebas?
    
Cerita itu boleh ada dalam filem Hindustan saja, tetapi payah ada kejadian sebenarnya. Sirul dipercayai tidak bercadang untuk merahsiakan dia membunuh seperti yang diakuinya adalah atas tindakannya sendiri.
    
Adakah dia tidak ditanya oleh polis yang menyiasat dan Jabatan Peguam Negara yang mendakwa akan adanya orang menyuruhnya membunuh?
    
Dalam komunikasinya dengan Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS, dia dikatakan memberitahu, dia disuruh oleh seorang yang masih bebas.
   
Adakah Sirul yang melarikan diri ke Australia dari hukum bunuh itu tidak berkata benar kepada Mahfuz? Suara Sirul berkata begitu didengar melalui telefon yang dikatakan sidang media jarak jauh dengan Mahfuz.
    
Jika Sirul bercakap benar dan suara yang didengar dari telefon itu adalah suaranya, mengapa polis yang menyiasat tidak dapat keterangan itu dan pendakwa raya tidak bawa kisah itu dan bagaimana Mahfuz pula boleh dapat keterangan itu daripadanya sedang Mahfuz bukan pakar penyiasat dan dia juga bukan ahli undang-undang yang tahu kisah pendakwaan?
    
Kalau keterangan baru Sirul dari tempat tahanannya di Australia itu tidak ada dalam pengetahuan penyiasatan dan pendakwaan adalah suatu yang ajaib. Adakah kerja penyiasatan itu dulu sekadar hendak tahu siapa yang membunuh saja? Sesudah ia yakin yang membunuh itu termasuk Sirul, maka tidak perlu tanya dia disuruh atau puas hati ia atas kerja tukang bunuh saja?
   
Sejak Altantuya dibunuh kita sudah ada beberapa orang KPN. Apakah semua mengira cukup penyiasatan itu tanpa bertanya kemungkinan tukang bunuh itu disuruh atau tidak?
  
Dalam begitu ramai pegawai tiadakah yang terfikir patut Sirul ditanya, dia bunuh itu atas kehendaknya sendiri atau dia diupah.
   
Dengan apa yang Mahfuz dapat dedahkan kepada umum sekarang nampak benar leceh dan lompangnya sistem penyiasatan kita.
   
Sirul sekarang sudah dijatuhkan hukum. Mahkamah tentunya berpuas hati dengan keputusan itu, Sirul seorang dari dua polis yang terhukum.
   
Dengan keterangan terbaru Sirul dari jauh itu dia dikatakan mengaku disuruh. Bagaimana Sirul sanggup terima suruhan?
  
Pertama dia seorang polis yang kerjanya adalah untuk mencegah jenayah. Membunuh adalah jenayah. Bagaimana dia boleh terima suruhan membunuh sedang membunuh itu bukan kerja polis. Bagaimana Sirul boleh disuruh sedang tidak diketahui ada rekod jenayah sebelumnya. Jika ada rekod jenayah tentu dia tidak dikekalkan dalam perkhidmatan polis.
  
Tetapi polis adalah orang yang menerima perintah ketuanya. Apabila dia disuruh, adakah dia disuruh atau diperintah? Polis tidak boleh tolak perintah.
   
Banyak lagi yang kena jawab dalam kes Altantuya ini. Mungkin kita tidak cukup nyiru bagi menutup apa yang hendak ditutup

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online