Oleh DR AZMAN IBRAHIM
ISU perpecahan dalam masyarakat antara PAS dan Umno
kembali dibuka. Besut kawasan tanah tumpah darah saya antara tempat yang
menyaksikan pertembungan panas dan keras ekoran perbezaan pegangan
politik. Selalunya PAS yang menjadi mangsa dan kambing hitam. Kononnya
PAS adalah punca segala perpecahan ini.
Orang selalu terlupa bahawa PAS adalah mangsa. Pada zaman
pertembungan panas dulu, Umno bagaikan tak boleh terima bila ada orang
kampung yang bukan Umno. Orang yang menyokong PAS dilihat dengan penuh
seteru dan kebencian.
Pengikut
PAS dianiaya. Hak mereka dinafikan. Seingat saya, ayah seorang pesawah
tak pernah dapat rasa baja subsidi padi. Borang anak sekolah pun JKKK
tak nak tandatangan. Ini bukan cerita lama, bekas YB Jabi pernah
tandatangan tak sokong untuk anak orang PAS terima bantuan awal Yayasan
Terengganu untuk masuk IPT.
Cerita program PAS diganggu Umno semua orang tahu. Ceramah PAS
dihalang serta disekat. Diganggu dengan pelbagai aneka ragam gangguan.
Cerita ugut-mengugut bukan rahsia. Samseng pemuda tahan lasak Umno
menunjukkan lagak sehabisnya. Sehingga ada orang PAS kena kapak kecik di
kepala.
Kakitangan kerajaan seperti guru-guru yang menyokong PAS ditukar
terpelanting ke ceruk hulu. Ahli PAS ditangkap, ditahan, malah pernah
dibunuh. Penceramah PAS terpaksa ke mahkamah kerana alasan tiada tauliah
dan pernah ke penjara.
Berhadapan dengan semua tindakan keras ini, tak munasabah orang PAS
nak terima dengan senyum dan ucapan terima kasih. Tindakan yang keras
biasanya mengundang tindak balas keras. Isu yang menjadi punca keretakan
hubungan dalam masyarakat bukannya kafir mengkafir. Tapi isu
ketidakadilan, penindasan, tekanan dan kezaliman dari pihak yang
berkuasa bernama Umno. Maka jangan salahkan PAS atas sejarah silam ini.
Kafir mengkafir hanya isu picisan yang ditimbulkan segelintir kecil
individu dan bukannya keputusan PAS. Malah mereka yang suatu ketika dulu
begitu bersemangat mengkafirkan Umno, kini telah berada dalam Umno dan
sebahagian mereka mati sebagai ahli Umno.
Dalam konteks DUN Jabi, solat Jumaat di masjid tertentu yang dikuasai
PAS bukannya kerana kafir mengkafir dan tak boleh solat bersama orang
Umno.
Masjid Lama Jabi tempat diadakan solat Jumaat ialah sebuah masjid
lama yang dikenali sebagai Masjid Lama Jabi. Boleh semak balik sejarah
diadakan solat Jumaat di Masjid Lama Jabi yang diadakan lebih dulu dari
masjid kerajaan di Jabi.
Masjid Tok Dat antara tempat solat Jumaat yang dikuasai orang PAS.
Perlu dimaklumi bahawa di Kampung Tok Dat Jabi tak ada masjid kerajaan.
Hanya sebuah masjid milik orang PAS yang ada. Di masjid inilah diadakan
solat Jumaat.
Satu lagi tempat solat Jumaat ialah Masjid Matlain Badrin di Kampung
Pasir Tawar, Jabi. Di kampung ini juga tiada masjid kerajaan. Dengan
didirikan solat Jumaat di Masjid Matlain Badrin, ianya memberi rahmat
dan kemudahan kepada penduduk sekitar Kampung Pasir Tawar.
Sejarah lama perpecahan sudah berlalu. Sekarang masyarakat kampung
hidup dengan harmoni walau berbeza fahaman politik. Boleh pergi mari
bila ada sakit mati, kenduri kendara. Orang yang masih menimbulkan isu
perpecahan ini sebenarnya ketinggalan zaman.
Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dibawa PAS sekarang telah
meningkatkan lagi momentum ini. PAS nak mengajak masyarakat mencari
kesejahteraan bersama Islam. Bukan nak ajak orang ramai berpecah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !