Headlines News :
Home » » Pelaburan RM7.6 bilion manfaat besar buat Kedah

Pelaburan RM7.6 bilion manfaat besar buat Kedah

Written By Warta Utara on Wednesday, August 7, 2019 | 1:47 PM

ALOR SETAR - Rakyat Kedah bakal memperoleh manfaat besar melalui pelaburan dalam negeri dan asing bernilai hampir RM7.6 bilion pada suku pertama 2019.

Exco Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata, pelaburan berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Menurutnya, syarikat tempatan juga turut berpeluang terlibat dalam perancangan dan pembinaan kilang serta tenaga kerja ketika proses pembinaan kilang.

"Antara manfaat lain adalah permintaan terhadap penggunaan bahan mentah dan sumber galian tempatan untuk penghasilan penduduk juga dapat ditingkatkan.

"Rakyat Kedah juga dapat menikmati peningkatan ekonomi terutamanya melalui produk hiliran khususnya penduduk tempatan melalui permintaan meningkat terhadap produk makanan dan keperluan harian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Salim Mahmood (Pas-Bukit Lada) berhubung pelaburan dalam negeri dan asing di Kedah berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Kok Yew juga mendapati kebolehpasaran dan harga tanah di kawasan sekitar pembangunan turut ditingkatkan, selain pemindahan teknologi dan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan.

Katanya, pelaburan meningkatkan hasil kepada kerajaan negeri melalui premium dan cukai tanah, sekali gus membolehkan semua golongan masyarakat menikmatinya melalui peruntukan pembangunan dan penyediaan infrastruktur.

"Nilai pelaburan hampir RM7.6 bilion itu melibatkan 10 projek dari industri barangan elektrik dan elektronik, kertas, percetakan dan penerbitan, kelengkapan dan pengangkutan, barangan logam dibentuk dan kimia serta barangan kimia," katanya.

Dalam perkembangan sama, Kok Yew memberitahu tiada pelaburan keluar dilaporkan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online