Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menegaskan bahawa penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bermula pada 1 April ini tidak akan membebankan rakyat.
Beliau malah memberikan jaminan harga barang tidak akan naik ekoran pengenalan cukai baru bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) itu.
"Segala aspek telah diambil kira dengan memastikan harga barangan tidak naik dan boleh dikawal dengan baik," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya yang pertama untuk tahun ini, Najib juga berkata Rancangan Malaysia ke-11 akan diumumkan pada Mei.
Ia, tambahnya, agar matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 menjadi kenyataan, lapor agensi berita nasional itu lagi.
"Pentingnya rancangan lima tahun ini kerana ia merupakan pusingan terakhir menuju tarikh keramat 2020," beliau dipetik sebagai berkata.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !