Oleh Mohd Sayuti Omar
Orang
marah atau benci apabila para penyokong Anwar Ibrahim bersama
keluarganya berhimpun di
perkarangan pasaraya Sogo pada setiap Sabtu
sebagai ikhtiar untuk membebaskan
Ketua Pembangkang itu daripada penjara Sungai Buloh. Ada yang
mencemuhi perbuatan anak-anak muda dan penyokong Anwar itu melampau dan
menganggui urusan hidup orang orang.
Lebih sadis lagi,
pihak berkuasa (aparat kerajaan) turut bertindak mencegah dan
menghalang perjuangan anak muda pendokong Anwar itu. Mereka disekat
daripada berhimpun dan ada yang sudah digiring ke balai polis dan akan
didakwa mengikut akta-akta bersesuaian.
Larang
untuk berhimpun pada Sabtu depan ini juga sudah dilarang keras.
Kemungkinan sekiranya himpunan diteruskan kita akan dapat menyaksikan
pancutan air kimia pertama untuk tahun ini dan juga tersaksinya aliran
darah tumpah ke jalanan untuk kesekian kalinya.
Memang sekali
pandang, aksi atau cara anak-anak muda itu berusaha membebaskan idola
dan wira mereka memberi kesan dan gangguan kepada urusan hidup orang
lain. Ia menambahkan rasa meluat kepada orang yang membenci Anwar
selama ini. Itulah alasan yang diberikan setiap kali diadakan himpunan
atau demostrasi ia boleh menganggu urusan orang lain membantutkan
perkembangan ekonomi negara.
Apakan keruntuhan nilai mata wang
Malaysia hari ini juga didorong oleh aktiviti hujung minggu di sekitar
Sogo itu? Atau pun masalah melanda 1MDB sehinggakan menghilang banyak
wang rezab negara juga disebabkan aktiviti yang sama. Elok juga kalau
pakar dan sarjana ekonomi yang berkokok dalam bilik berhawa dingin
setiap kali timbul kehirubuan itu membuat analisa konkrit mengenai hal
ini.
Tetapi walaupun begitu semua orang kena menghormati usaha
mereka itu. Bagi mereka Anwar adalah hero dan "bangsa" yang difitnah.
Soal mahkamah memutuskan hukuman itu, itu kerja mahkamah berdasarkan
kepada prinsip undang-undang yang dicatatkan. Undang-undang dan manusia
berbeza. Pihak pendakwa dan pembela jarang menemui titik sama walaupun
atas kertas yang sama.
Tetapi naluri mereka mempercayai
Anwar tidak bersalah dan teraniaya dengan tindakan itu. Itu hak mereka
kerana kebebasan hak asasi yang dipunyai mereka dijamin oleh
undang-undang dan agama. Siapa boleh memenjarakan perasaan seseorang
melainkan diri empunya perasaan itu juga? Lagi pun mereka tidak
mengkaji butiran kes, pertuduhan dan sebagainya, tetapi mereka nampak
kepada nawaitu mendakwa Anwar itu adalah bermotifkan politik.
Malafidel.
Maka, biarlah mereka membela dan berusaha untuk
merobohkan tambok penjara Sungai Buluh. Itu komitmen dan sumpah janji
jihad mereka. Perjuangan perlu dibayar dengan harga yang mahal. Bukan
sahaja penjara, tetapi ada kalanya nyawa menjadi galang ganti dan
taruhan. Kematian dalam satu keyakinan adalah mati syahid. (Syahid
dunia).
Bagi saya tindakan anak-anak muda dan pendokong Anwar
itu sama dengan apa diusahakan oleh Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar
terhadap pembunuh Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar yang kini
ditahan di pusat tahanan Imigresen di Villawood di Australia.
Kesungguhan Mahfuz melakukan bantuan kemanusiaan kepada ibu Sirul, Piah
Samad dan anak perempuan Sirul, Noriatin itu adalah dalam proses
"membebaskan" Sirul menzahirkan kebenaran baginya.
Misi itu
bagi menunjukkan simpati Mahfuz atas keyakinan Sirul tidak bersalah
dari segi hakikat. Sekiranya Mahfuz menerima hukuman mahkamah itu
sebagai benar, untuk apa dia bersusah payah melakukan misi kemanusiaan.
Lainlah kalau Sirul Azhar itu anggota keluarga Mahfuz atau pun
pemimpin tertinggi parti Pas.
Mahfuz sanggup ke Sydeny membawa
kasut jongging dan buah-buahan untuk Sirul. Lebih penting membawa ibu
dan anak perempuan Sirul. Apa tujuan Mahfuz bersusah payah melakukan
misi itu walhal masih banyak manusia lain yang memerlukan misi
kemanusiaan seperti Piah dan Noriatin itu. Misi kemanusiaan untuk
mangsa banjir di Kelantan lebih relevan untuk Mahfuz. Tetapi kenapa
Mahfuz memilih untuk melakukan misi itu kepada keluarga Sirul. Apakah
ia sebagai modal untuk bertanding dalam muktamar?
Saya tidak
mahu mempersolkan nawatiu Mahfuz, itu terserah kepada budi bicara dan
polisi politiknya. Tetapi apa yang hendak dipersoalkan dan mencari
jawaban dan pemahaman apakah beza kerja Mahfuz dengan kerja anak-anak
muda yang membela untuk membebaskan Anwar. Anwar dan Sirul adalah dua
warganegara Malaysia.
Kalau pendokong yang mengadakan pelbagai
aksi dan aktiviti untuk membebaskan Anwar dan memberi sokongan
kemanusiaan kepada Dr Wan Azizah dan anak-anaknya dimarahi dan dicemuhi
kenapa usaha Mahfuz itu tidak? Apa bezanya dari segi kedudukan Anwar
dengan Sirul sebagai orang yang telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah
dan kini bergelar narapidana?
Apakah kerana usaha Mahfuz itu
untuk membebaskan Sirul (sebenarnya mendapat maklmut berhubung
pembunuhan Altatuya sehingga menyebabkan Perdana Menteri berundur) ada
didalangi sesiapa atau mana-mana tokoh gergasi? Atau pun misi Mahfuz
itu sebahagian misi untuk membebaskan Anwar juga. Begitukah?
Ertinya
apabila Sirul mendedahkan orang bertanggungjawab disebalik kejadian
pembunuhan model Mongolia itu, (kalau boleh biarlah ianya dikaitkan
dengan Najib dan Rosmah), maka Najib akan turun dari kerusi kuasa.
Najib akan ditekan dengan pendedahan Sirul itu. Begitukah?
Kalau pun usaha menuju ke arah itu, saya tidak mengira ianya membabitkan
Pas. Maksudnya kerja Mahfuz itu bukan atas restu Pas jauh sekali kalau
mengambil keputusan itu secara kolektif (pinjam istilahj Haji Hadi).
Ini kerana bukan semua orang dalam Pas suka kalau Najib turun takhta.
Bagi sesetengah orang dalam Pas seronok kalau Najib terus menjadi PM
kerana mereka dapat mengutik hasil subur daripada keadaan itu. Jadi apa
yang boleh dirumuskan sehingga saat ini kerja Mahfuz itu bersendirian.
Mengenai siapa yang menjadi patner Mahfuz dalam mengerakan bantuan
kemanusiaan kepada keluarga Sirul ini mungkin dapat dilihat dari
berbagai sudut dan ia akan diperkatakan dimasa yang lain. Perjalanan
misi kemanusiaan yang didokongi Mahfuz masih berjalan.
Yang
ingin ditegaskan disini ialah pihak berkuasa jangan melayani berat
sebelah dalam isu pembelaan terhadap Anwar dan Sirul ini. Ia hendaklah
dilihat sama penting dalam konteks politik. Jangan himpunan untuk
membela Anwar dicegah dan dikenakan tindakan, tetapi misi kemanusiaan
terhadap Sirul dibenarkan begitu sahaja.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !