Dalam serangan terbaru terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin, portal MyKmu.net membidas sistem 1Bestari.Net.
Menurut
portal itu, sistem yang diperkenalkan oleh Muhyiddin yang jugaadalah
Menteri Pelajaran sebelum pemecatannya cukup membebankan guru di seluruh
negara sehingga menyebabkan mereka beralih kepada pembangkang.
Guru-guru,
katanya, bukan sahaja terpaksa mengendalikan pelajaran tetapi melakukan
kerja-kerja perkeranian dengan memasukkan data pelajar ke dalam sistem
komputer.
“Tujuan itu memang baik tapi masalahnya infrastruktur tidak lengkap lagi.
“Ramai
guru mengeluh kerana sistem ini memakan masa mereka akibat talian yang
sibuk bila terlalu ramai guru hendak memasukkan data pada masa yang
sama.
“Ironinya, penyedia perkhidmatan bagi sistem ini adalah
kroni Mahathir, tuan baru Muhyiddin sekarang,” kata portal yang adalah
penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut MyKmu, lama-kelamaan, keadaan ini menyebabkan guru-guru membenci kerajaan kerana dilihat cuba menyusahkan mereka.
Katanya,
seperti mana biasa apabila guru tidak boleh meminta pertolongan, mereka
mengalihkan perhatian kepada pembangkang untuk mendesak kerajaan.
“Institusi
perguruan yang dulu terkenal menghasilkan pemimpin hebat Umno seperti
Tan Sri Isa Samad dan lain-lain, akhirnya bertukar menjadi lubuk
pembangkang.
“Lebih teruk lagi ada yang mengambil peluang
memburukkan kerajaan dalam masa yang sama, terhasillah generasi kurang
ajar yang ramai kita lihat hari ini,” kata MyKmu.
Projek 1BestariNet telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama konglomerat perniagaan YTL.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !