Barah payudara biasanya menyerang wanita 50-an, tetapi kes terbaru
mendapati remaja seawal usia 14 tahun boleh diserang penyakit sama.
Doktor bagaimanapun masih belum jelas sama ada ia disebabkan faktor genetik atau gaya hidup, lapor The Times of India.
Menurut akhbar itu, pelajar muda di Coimbatore, dekat Tamil Nadu didapati menghidap barah membunuh itu ketika penghidap barah payudara termuda di Delhi berumur 19 tahun.
Menurut pakar onkologi, setiap hospital di India mempunyai dua atau tiga penghidap barah setiap tahun.
Walaupun kes itu di kalangan remaja masih jarang-jarang berlaku, Insitut Kajian dan Onkologi Sri Ramakrishna, Coimbatore, mendapati penghidap barah itu di kalangan wanita berumur 35 ke bawah meningkat daripada 3 hingga 8 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Manakala Majlis Kajian Perubatan di Delhi pula mengesahkan trend itu – insiden antara umur 20 hingga 40 tahun naik kepada 5 hingga 15 peratus dalam tempoh 20 tahun.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !