Prasarana
Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT)
Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan
4 stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.
Dalam kenyataan syarikat itu berkata, 4 stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren 6 gerabak.
Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan
di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua 4 stesen terbabit iaitu Awan
Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.
Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu.
"Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan
dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta
jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata
Presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.
Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan,
tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu
menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu
laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.
"Penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk
meneruskan perjalanan ke 4 stesen baharu itu," katanya. – Bernama
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !