Headlines News :
Home » » Jabatan persekutuan, negeri di Perak diminta bekerjasama

Jabatan persekutuan, negeri di Perak diminta bekerjasama

Written By Warta Utara on Tuesday, January 9, 2018 | 8:06 PM


IPOH – Jabatan persekutuan dan negeri di Perak diminta bekerjasama dan mewujudkan persefahaman antara satu sama lain agar sistem pentadbiran berjalan lancar.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata persefahaman serta kerjasama antara kedua-dua jabatan berkenaan juga penting supaya segala projek dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna demi rakyat.

“Teruskan bina kerjasama, saya tidak mahu lihat (jabatan) persekutuan dan negeri tidak boleh bekerjasama,” katanya ketika menyampaikan ‘Executive Talk’ dan perutusan Tahun Baharu 2018 Menteri Besar Perak di sini, hari ini.

Selain itu, Zambry turut mengingatkan pelbagai pihak yang terlibat dalam sistem pentadbiran negeri supaya menjaga segala maklumat serta rahsia kerajaan.

“Dalam konteks kerajaan Perak, jangan jual rahsia kerajaan atau melakukan tindakan yang akan menjahanamkan kerajaan. Kita tidak akan berkompromi,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak di Perak agar sentiasa mematuhi ketepatan bahasa termasuk dalam menyediakan notis untuk dipaparkan di papan-papan tanda.

“Apa jua ingin diterjemahkan perlu disemak, diteliti, jangan ambil jalan mudah dengan menggunakan ‘Google Translate’ kerana takut ada kesilapan,” katanya.- Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online