Headlines News :
Home » » Bil hospital RM821,026

Bil hospital RM821,026

Written By Warta Utara on Tuesday, January 9, 2018 | 8:03 PM

Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia, Mohd Radzi Abdul Hadi, 56, yang menerima rawatan berikutan serangan jantung ketika melawat keluarga anak sulungnya di Arizona, Amerika Syarikat masih memerlukan RM600,000 bagi menyelesaikan keseluruhan bil hospital.

Anak beliau, Tasnim, 25, berkata, buat masa ini jumlah kutipan yang diperoleh dari pelbagai sumber hanya RM160,000.

“Kos rawatan sudah mencecah AS$205,385 (RM821,026). Walaupun sudah menerima bantuan, duit masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan bil hospital.
 
“Namun kami bersyukur kerana sehingga kini ramai yang sudi menghulurkan bantuan termasuk Konsulat Malaysia di Los Angeles, Danny Bungan.

“Kami juga bersyukur kerana pihak hospital membenarkan kami balik walaupun bayaran belum selesai,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Mengulas mengenai tahap kesihatan Mohd Radzi, Tasnim yang kini tinggal di rumah kakaknya yang terletak 600 kilometer dari hospital berkata, bapanya semakin stabil dan boleh berjalan tanpa bantuan, tetapi tidak boleh berjalan jauh.

“Selepas keluar dari hospital pada 17 Disember tahun lalu, setiap hari abahnya akan melakukan senaman seperti yang dinasihatkan juruterapi semasa menerima rawatan di hospital.

“Doktor juga menasihatkan abah untuk berehat empat hingga enam minggu sebelum menaiki sebarang penerbangan,” katanya yang dijangka pulang ke tanah air pada pertengahan bulan ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap kesihatan abahnya.

Ketika di tanya mengenai apa yang dirindui abah, kata Tasnim, abah terlalu rindukan rumah kerana merancang untuk berada di Amerika Syarikat hanya untuk dua minggu saja.

“Bukan hanya abah, saya dan juga emak sudah terlalu rindu kampung halaman dan tidak sabar untuk pulang ke tanah air.

“Kami berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kami selamat sampai dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 12122020088470 milik Tasnim Mohd Radzi atau akaun Maybank Abdul Rahimi Abdul Rahman 162487109218.

Maklumat lain boleh diakses menerusi laman web www.gofundme.com/urgent-md-radzi-heart-failure-fund.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online