Jalinan kerjasama yang baik antara usahawan negara ini dan
Perlis mampu memberi manfaat untuk penjanaan ekonomi di Kawasan
Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP).
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail bertitah, menerusi usaha sama yang dijalankan tersebut
juga dapat mewujudkan kepakaran usahawan di dalam hal ehwal halal
secara global.
Titah baginda, pada masa sama, promosi usahawan
tempatan terhadap industri makanan halal turut dapat diperluaskan lagi
seiring dengan permintaannya yang semakin berkembang baik di rantau ini
dan dunia.
"Ia sekali gus membolehkan usahawan
Malaysia dapat mengeksport produk mereka ke luar negara serta
mendapatkan maklumat terkini tentang tata cara pengeksportan produk ke
Thailand.
"Menerusi penghasilan produk tempatan
(berkualiti) yang dieksport ini, secara tidak langsung juga boleh
meningkatkan imej negara pada mata masyarakat luar selain mengoptimumkan
pemasaran dan jualan," titah baginda.
Baginda
bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli merasmikan Forum
Keusahawanan dan Halal dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
Turut
menjalin kerjasama ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan
majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman yang diadakan di
sebuah hotel di sini, semalam.
Keberangkatan baginda disambut oleh Pengarah Mara Perlis, Lukman Hakim Hasan dan Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan.
Dalam
program tersebut turut diadakan sesi suai niaga bersama usahawan di
enam wilayah Andaman dan Perlis yang antara lain bertujuan untuk
pembangunan ekonomi ummah yang mantap dan kukuh.
Tuanku
Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen
Akashah Khalil kemudian berkenan bercemar duli melawat sebuah kilang
pemprosesan makanan terbesar di wilayah ini iaitu Kuang Pei San Food
Products.
Syarikat itu menjual pelbagai produk makanan dalam tin yang merangkumi produk-produk hasil laut seperti ikan sardin dan mackere
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !