SUNGAI PETANI . - Keluarga pencipta nama kereta nasional pertama negara Proton
Saga, Ismail Jaafar, 71, yang meninggal dunia semalam kecewa kerana
gagal mendapatkan kembali kereta yang dimenangi Allahyarham di
akhir-akhir hayatnya.
“Walaupun reda dengan pemergian suami namun kami
sedikit terkilan kerana gagal memenuhi hasrat arwah yang ingin
mendapatkan kembali kereta hadiah itu yang dipercayai berada di
Pendang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ismail meninggal dunia di rumahnya di Taman Nuri, di sini pada pukul 3.10 petang semalam.
Allahyarham yang merupakan bekas seorang anggota
tentera berpangkat Staff Sarjan meninggal dunia akibat komplikasi
penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung hingga membataskan
pergerakannya sejak Ogos tahun lepas.
Akibat penyakit yang dihidapinya itu menyebabkan
dia sering berulang alik mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul
Halim (HSAH) beberapa kali.
Ismail yang lebih dikenali sebagai ‘Staff Sarjan
Proton’ dalam perkhidmatan tentera selama 18 tahun berkhidmat
menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anak mereka yang
berumur antara 46 hingga 37 tahun.
Anak keempat pasangan itu, Siti Sarishmahani meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Ismail merupakan pemenang dalam peraduan
menamakan kereta nasional itu pada 1985 semasa berkhidmat sebagai
anggota tentera di Markas Dua Divisyen di Pulau Pinang.
Kemenangannya dengan mengalahkan ribuan peserta lain membolehkan dia menerima hadiah sebuah kereta Proton Saga. -
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !