Headlines News :
Home » » Pengagihan kerusi bukti Harapan amal sikap tolak ansur

Pengagihan kerusi bukti Harapan amal sikap tolak ansur

Written By Warta Utara on Tuesday, January 9, 2018 | 8:17 PM


GEORGETOWN - Pengagihan kerusi yang dibuat dalam Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini membuktikan kesemua parti dalam pakatan tersebut mengamalkan sikap bertolak ansur.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kesemua parti mengenepikan kepentingan masing-masing demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

"Pengurangan jumlah kerusi bagi DAP itu adalah untuk memenuhi permintaan Bersatu yang baharu menyertai Pakatan Harapan.

"Memang ada kurang, satu kerusi. Sebelum ini 36, tapi sekarang 35. Sebab dulu kita ada tiga, sekarang ada empat (parti). Pengagihan kerusi ini menunjukkan parti-parti boleh bertolak ansur.

"Kita boleh buat keputusan yang mungkin kita rasa tidak berkepentingan kepada parti masing-masing tetapi demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia, kita bersedia korbankan kepentingan masing-masing," katanya kepada media tadi.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen itu pada PRU14 iaitu Bersatu (52) , PKR (51) DAP (35) Amanah (27) bagi keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.

Guan Eng turut menyatakan kelebihan yang akan dinikmati rakyat sekiranya menyokong Harapan untuk memenangi PRU14 kelak antaranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan penstabilan harga petrol.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online