HASHIM ABDULLAH berkata, beliau sudah memahami trend itu yang berlaku setiap kali tiba musim pilihan raya. "Pelbagai propaganda dicipta bagi menarik perhatian dan simpati pengundi.
"Sesetengahnya adalah isu dan propaganda kitar semula seperti 'PRU terkotor' dan 'pengundi hantu'," katanya. Menurut Mohd. Hashim, SPR tidak banyak menerima aduan berkaitan sistem dan proses pilihan raya, sebaliknya kebanyakan rungutan itu adalah bersifat andaian semata-mata dan tidak pernah dibuktikan sama ada menerusi petisyen ataupun mahkamah. Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL, HAFIZAHRIL HAMID dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI, beliau turut mengulas tentang persediaan dan cabaran SPR dalam menghadapi PRU-14 serta isu-isu lain berkaitan pilihan raya.
MOHD HASHIM: Adalah menjadi amalan SPR untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan PRU-14 pada dua tahun terakhir sebelum mandat PRU yang lepas berakhir. Persiapan ini telah dimulakan sejak dua tahun lepas memandangkan rekod pilihan raya pernah diadakan pada tahun keempat mandat dan ada juga diadakan sehingga tarikh akhir mandat. Sehingga sekarang SPR telah membuat persiapan sepenuhnya bagi menghadapi PRU yang bakal berlangsung pada bilabila masa sahaja. Sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat SPR telah bersedia untuk menguruskan pilihan raya dengan telus dan terbaik.
MOHD HASHIM: SPR telah turun mengadakan taklimat kepada pemimpin parti-parti politik di beberapa negeri bagi menjelaskan berkenaan sistem pilihan raya dan proses pilihan raya. Taklimat ini disertai oleh semua parti utama yang dijangka akan terbabit dalam proses pilihan raya nanti.
Bahkan taklimat juga turut diadakan kepada ejen-ejen calon atau parti untuk memberi kefahaman tentang peraturan, peranan dan tanggungjawab mereka yang mewakili parti semasa proses pengundian dijalankan. Tujuannya supaya semua ejen parti dapat memainkan peranan mereka dengan berkesan dan membantu kelancaran proses pilihan raya.
Setiap parti politik yang akan bertanding perlu memberi perhatian serius kepada ejen atau wakil calon mereka dalam setiap saluran mengundi. Wakil calon adalah orang yang terbaik sebagai pemantau dan pemerhati kepada parti-parti politik yang mereka wakili. Pada pilihan raya lepas kita mendapati ada parti-parti politik dan calon bebas yang tidak menghantar wakil calon mereka. Sebaliknya pelbagai tuduhan negatif pula dilontarkan kepada SPR, sedangkan mereka tidak hadir menjalankan tugas.
Pada pandangan Tan Sri, bilakah masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya?
MOHD HASHIM: Bagi SPR pada bila-bila masa sekalipun adalah masa yang sesuai kerana SPR hanya bertanggungjawab untuk mengendalikan pilihan raya dengan telus, lancar dan aman. Namun begitu beberapa perkara perlu menjadi keutamaan pertimbangan termasuk keadaan cuaca. Cuaca akan menjadi faktor penentu bagi memastikan penjalanan pilihan raya berlangsung dengan lancar dan Mempengaruhi jumlah pengundi keluar mengundi. Dalam menjalankan persiapan ini SPR turut mengambil perhatian dalam soal bencana banjir sekiranya ia berlaku semasa pilihan raya.
Aduan atau rungutan tentang apa yang paling banyak diterima SPR daripada parti politik yang perlu diberikan perhatian dalam PRU-14?
MOHD HASHIM: Sebenarnya SPR tidak banyak menerima aduan atau rungutan berkaitan dengan sistem dan proses pilihan raya ini. Aduan dan rungutan tersebut kebanyakannya adalah bersifat persepsi dan andaian semata-mata seperti data tidak bersih, wujud pengundi hantu, pemindahan pengundi dan ketidaktelusan dalam pilihan raya. Pada PRU-13 yang lalu, daripada sebanyak 13.2 juta orang atau 84.4 peratus pengundi yang keluar mengundi, hanya 1,469 atau 0.011 peratus pengundi sahaja yang membuat aduan. Dengan jumlah pengadu yang begitu sedikit ia tidak mencacatkan keputusan pilihan raya itu. Dalam menghadapi PRU-14 ini pula aduan dan rungutan yang iterima berkaitan daftar pemilih dan persempadanan semula kononnya proses persempadanan semula yang bertujuan membantu pihak tertentu memenangi pilihan raya. SPR mengambil perhatian terhadap semua aduan dan rungutan itu namun begitu SPR harus meneliti kerana kebanyakannya adalah yang bersifat propaganda dengan tujuan untuk menjejaskan kredibilti SPR di saat menjelangnya PRU-14. Bagi aduan yang bersifat asli kita akan mengambil tindakan segera setelah menelitinya.
Dalam PRU-13, dakwat kekal diperkenalkan. Untuk PRU-14, apakah ada perkara-perkara baharu atau penambahbaikan yang akan dilakukan oleh SPR?
MOHD HASHIM: Bagi PRU-14 tiada perkara baharu diperkenalkan oleh SPR. SPR masih menggunakan sistem dan kaedah sedia ada. Dalam PRU-14 ini SPR akan terus menggunakan dakwat pilihan raya sebagai satu kaedah untuk engelakkan pengundian berganda atau mengundi lebih daripada sekali. Walau bagaimanapun terdapat sedikit berbeza dengan kaedah yang digunakan pada PRU-13 di mana pada masa itu ia menggunakan kaedah dakwat pilihan raya dicalit pada jari. Namun pada PRU-14 ini kaedah celupan jari ke dalam dakwat pilihan raya akan dipraktiskan. Kaedah ini telah pun digunakan sekarang dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijalankan.
Sistem biometrik dikatakan adalah lebih baik dan telus berbanding penggunaan dakwat kekal, jadi kenapa tidak gunakan sistem ini?
MOHD HASHIM: SPR pernah mencadangkan untuk menggunakan kaedah sistem biometrik bagi pengesahan pengenalan diri namun ia ditolak oleh pihak pembangkang kerana dianggap tidak selamat, kosnya yang mahal dan ada kemungkinan ia akan dimanipulasi. SPR akur terhadap penolakan itu dan menerima cadangan mereka untuk menggunakan kaedah dakwat pilihan raya. Buat masa ini SPR akan terus menggunakan kaedah dakwat pilihan raya sehingga kita menemui satu kaedah lain yang lebih baik bagi mengantikan penggunaan dakwat pilihan raya. Sebenarnya isu dakwat pilihan raya boleh dihilangkan dengan mudah oleh pengundi sepatutnya tidak timbul jika pengundi itu berlaku jujur. Walau apa pun kaedah yang dicadang atau digunakan sekalipun, selagi ada usaha pihak tertentu untuk mensabotaj sistem atau kaedah yang digunakan oleh SPR dengan tujuan untuk menjejaskan kredibiliti dan menimbulkan keraguan rakyat terhadap SPR dengan motif politik, ia akan tetap dipertikai.
Apakah cabaran atau halangan utama SPR dalam mengendalikan PRU-14 nanti?
MOHD HASHIM: SPR sudah biasa menghadapi cabaran dan halangan dalam setiap pilihan raya yang dikendalikannya khususnya PRU. Bagi PRU-14 ini sudah pasti cabaran utama adalah berkaitan persepsi masyarakat yang mencurigai kredibiliti badan ini dalam menjalankan fungsi dan peranannya. Ini ekoran terdapat usaha oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat bertujuan untuk menghakis kepercayaan terhadap badan ini. SPR ingin menegaskan bahawa banyak tuduhan yang dilemparkan terhadap badan ini lebih bersifat propaganda politik untuk menarik erhatian dan simpati masyarakat terhadap mereka. Tuduhan tersebut tidak pernah dibuktikan sama ada melalui petisyen pilihan raya ataupun mahkamah. Baru-baru ini ada pihak tertentu yang cuba menarik perhatian rakyat dengan membuat dakwaan tidak tepat kononnya terdapat hampir empat juta orang pengundi pos termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengundi secara pos untuk menjadi talian hayat kepada Barisan Nasional (BN). Kononnya anggota RELA adalah sebahagian daripada anggota Polis Simpanan Sukarelawan (PVR), sedangkan perkara itu tidak benar dan SPR telah memberi penjelasan sewajarnya mengenai perkara ini. Begitu juga dalam urusan persempadanan semula, setiap hari rakyat disogok dengan maklumat tidak tepat kononnya persempadanan semula SPR dibuat untuk memenangkan pihak tertentu. SPR hanya membuat syor dan membuka peluang untuk membantah. Setiap pihak yang terkesan boleh mengemukakan bantahan mereka semasa pameran syor dibuat dengan mematuhi prosedur yang ditetapkan undangundang dan Perlembagaan Persekutuan. Setiap bantahan yang diterima dan layak akan didengari untuk dipertimbangkan. Setelah laporan persempadanan semula siap ia akan diserahkan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat. Ini bermakna SPR hanya membuat syor dan yang menentukan syor persempadanan semula itu diterima untuk diluluskan atau ditolak adalah terletak kepada setiap Ahli Parlimen. Namun perkara ini diputar belitkan seolah-olah SPR yang menentukannya. Kewujudan teknologi dan aplikasi media sosial masa kini dalam menyebar luas mesej-mesej palsu dan fitnah juga menjadikan cabaran semakin hebat bagi SPR dalam mengurus persepsi umum. SPR secara berterusan mengadakan penjelasan kepada rakyat melalui pelbagai saluran media dan usaha ini akan ditingkatkan dengan pendekatan yang lebih berkesan.
Tentang persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya, setakat ini bagaimana perkembangannya?
MOHD HASHIM: Pada masa kini SPR sedang menjalankan proses siasatan tempatan kali pertama bagi persempadanan semula bahagian pilihan raya di negeri Selangor. Proses ini telah terhenti sejak setahun yang lalu berikutan ada pihak yang mencabarnya di mahkamah. Urusan persempadanan semula bahagian pilihan raya bagi unit Tanah Melayu adalah merangkumi negeri Selangor. Proses persempadanan semula bahagian pilihan raya di negeri-negeri Tanah Melayu yang lain telah pun selesai. Dari segi reaksi parti-parti politik terhadap persempadanan semula ini adalah pelbagai, ada yang menyambut baik dengan syor yang dibuat dan ada juga yang membantah kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada sesetengah pihak. Adalah menjadi perkara biasa dan sukar untuk memuaskan hati semua pihak kerana setiap individu atau parti melihat dari aspek kepentingan untuk kesinambungan politik mereka dan mengabaikan kepentingannya terhadap rakyat. Mereka hanya melihat sama ada mereka berpeluang untuk menang atau kalah, sedangkan kemenangan atau kekalahan seseorang calon itu ditentukan oleh faktor penilaian pengundi terhadap calon atau parti tu sendiri bukannya disebabkan oleh persempadanan. Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh kepada parti pembangkang adakah disebabkan SPR yang membantu mereka? Tidak, tetapi disebabkan oleh engundi yang memlih mereka. Jika persempadanan semula SPR akan membantu pihak tertentu untuk menang sudah tentu negeri-negeri tersebut tidak akan jatuh kepada pihak lain.
Bagi PRU-14, berapa bilangan dan pola pengundi berdaftar yang telah diwartakan setakat suku ketiga 2017 oleh SPR?
MOHD HASHIM: Pada PRU-13, jumlah pengundi adalah seramai 13,268,002 orang. Manakala sehingga Suku Ketiga 2017 (yang diwartakan pada 30 November 2017), jumlah pengundi telah meningkat kepada 14,806,185 orang pengundi. Ini menunjukkan perbezaan seramai 1,538,183 orang pengundi berbanding PRU-13.
Jumlah sebenar mereka yang terlibat dengan pengundian secara pos ini hanya dapat diketahui secara tepat setelah permohonan itu dibuka dan diterima. SPR akan menyemak semua permohonan undi pos itu bagi memastikan hanya mereka yang layak sahaja sebagaimana dalam warta diberi kemudahan pengundian pos.
Isu pemindahan pengundi, pengundi hantu dan sebagainya antara isu popular pada setiap musim pilihan raya. Apa pandangan tan Sri dalam isu itu?
MOHD HASHIM: Isu pengundi hantu bukanlah perkara baru, malah ia berbangkit bila setiap kali pilihan raya berlaku bertujuan untuk menjejaskan kredibilti SPR sebagai badan pengendali pilihan raya dan menimbulkan prejudis. Perkara ini tidak benar sama sekali dan ia
merupakan satu tohmahan sematamata. Pada PRU-13 dulu pun pernah ada dakwaan bahawa 40 ribu warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya, namun ia lenyap begitu sahaja selepas PRU-13 dan tidak ada sebarang petisyen dikemukakan untuk membuktikannya. Malah tidak ada satu pun buktidikemukakan. Isu pengundi hantu adalah satu tohmahan dan propaganda politik yang berniat jahat terhadap SPR dengan tujuan untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap SPR serta sistem dan proses pilihan raya. Begitu juga isu blackout yang kononnya dikatakan berlaku semasa pengiraan undi. Apa yang berlaku sebenarnya ia hanyalah gambar yang diedit dan khabar angin yang disebar bertujuan menimbulkan keraguan dan kegemparan.
Peranan media sosial ketika itu telah disalahgunakan untuk tujuan menyebar berita palsu dan fitnah terhadap sistem pilihan raya dan SPR, sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan dan kekalutan. Imej negara dan juga SPR terjejas teruk akibat sebaran berita palsu itu.
Ada pemimpin parti politik suka membuat tuduhan bukan-bukan kepada SPR. Apa nasihat Tan Sri kepada mereka?
MOHD HASHIM: Semenjak memikul jawatan sebagai Pengerusi SPR ini saya sudah menjadi biasa dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada saya. Bukan saya sahaja yang mengalaminya tetapi juga telah dialami oleh pengerusi-pengerusi SPR yang lain sebelum saya. Adakalanya tuduhantuduhan yang dibuat oleh ahli-ahli politik tersebut ebenarnya mereka sendiri tahu akan kebenaran atau tidak benarnya tuduhan itu. Setiap urusan yang SPR lakukan adalah berlandaskan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang berkaitan tanpa gagal mematuhinya. Bagi menangkis segala tuduhan dan tohmanan terhadap SPR, kami akan pertingkatkan program pendidikan pengundi, memberi pemahaman sebenar kepada rakyat mengenai sistem dan proses pilihan raya serta menjelaskan tentang isu semasa dan tuduhan liar.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !