Headlines News :
Home » » Amanah memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Harapan

Amanah memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Harapan

Written By Warta Utara on Sunday, January 7, 2018 | 11:15 AM


SUBANG JAYA - Amanah memberi amaran kepada kepimpinan Pakatan Harapan (Harapan) agar tidak menjadi pengkhianat kepada gabungan parti pembangkang itu.

Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, kepimpinan parti itu harus taat, setia dan mematuhi ketetapan pemimpin tertinggi Harapan.

“Keputusan-keputusan yang kita capai dalam Majlis Presiden, cuma terdengar di hujung terowong ada di kalangan pimpinan kita yang tidak akur, yang patah dan boleh dikatakan tidak taat atau pun mematuhi setiap keputusan yang telah diputuskan.

“Sebab itu Pemuda Harapan nak bagi amaran kepada pimpinan, jangan kamu jadi pengkhianat kepada Harapan sebab kita mahu kita sebagai anggota parti akur dan laksanakan apa yang ditetapkan oleh pemimpin kita,” katanya di Konvensyen Pemuda Harapan di sini, malam tadi.

Menurut Sany yang juga timbalan Ketua Pemuda Harapan, ketaatan anggota parti sangat dituntut kerana Harapan perlu berdepan dengan BN.

“Jangan khianat, sebab kita nak bertaruh dengan BN. Banyak kerja yang kita kena lakukan,” katanya lagi.

Sany turut menegaskan Pemuda Harapan menolak keras kerjasama dengan Pas.
“Di hujung terowong juga kedengaran ada pimpinan yang menyatakan yang kami akan terus berbincang dengan Pas.

“Saya nak tanya Pemuda malam ini adakah kita akan benarkan pimpinan-pimpinan ini mengadakan kerjasama dengan Pas?" soalnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online